myMetro 17 Feb 2013
Kuala Lumpur: Angkara cemburu, seorang lelaki warga Indonesia berusia
lingkungan 30 tahun maut ditikam rakan serumahnya dalam satu pergaduhan
di Kampung Baru di sini, semalam.
Difahamkan, suspek yang berusia lewat 30-an hilang pertimbangan
selepas mengesyaki mangsa menjalinkan hubungan sulit dengan isterinya.
Dalam kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 pagi itu, mangsa yang
parah dibawa beberapa rakan yang menyaksikan kejadian itu ke Hospital
Kuala Lumpur (HKL) di sini, namun disahkan meninggal dunia ketika
diberikan rawatan. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner
Zainuddin Ahmad berkata, siasatan awal mendapati punca pergaduhan
kerana cemburu.
“Suspek bergaduh dengan rakan serumahnya kerana mengesyaki mangsa menjalinkan hubungan sulit dengan isterinya,” katanya.
Zainuddin berkata, seorang saksi kejadian berusia 35 tahun yang juga rakan suspek dan mangsa melihat mereka bergaduh.
“Belumpun sempat menghalang mereka, saksi melihat mangsa rebah manakala suspek sedang memegang pisau di tangan kanannya,” katanya.
Menurutnya, saksi kejadian dan beberapa lagi rakan kemudian membawa mangsa ke HKL.
Katanya, pemeriksaan lanjut menemui tiga kesan tikaman di belakang
badan mangsa dan suspek melarikan diri namun usaha mengesannya sedang
giat dijalankan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).
No comments:
Post a Comment