February 20, 2013

Xenophon bersama Anwar di bangunan Parliamen di Kuala Lumpur 8 Disember, 2010. – Reuters pic
KUALA
LUMPUR, 20 Feb - Senator bebas Australia Nick Xenophon menafikan
dirinya menyokong Pakatan Rakyat (PR) menjelang Pilihan Raya 2013,
sebaliknya menyokong pilihan raya “yang bersih”.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd
Yusof yang dipetik dari agensi berita nasional Bernama semalam berkata
Xenophon tidak layak menjadi pemantau pilihan raya kerana didakwa
berpihak kepada “parti politik tertentu”.
“Saya berpihak kepada kebenaran dan mahu pilihan raya yang bersih,” kata Xenophon kepada The Malaysian Insider melalui telefon hari ini.
“Mereka menjadikan saya isu sedangkan sepatutnya isunya pilihan
raya,” tambah beliau, merujuk kepada kritikan mendakwa beliau cuba
campurtangan dalam politik Malaysia.
Beberapa ahli politik Barisan Nasional (BN) mempertikai lawatan
Xenophon ke Malaysia, berkata senator bebas itu tidak sepatutnya masuk
campur dalam urusan dalaman Malaysia.
Setiausaha Agung BN Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata Perdana
Menteri Australia Julia Gillard memberi jaminan Canberra tidak akan
campur tangan urusan Putrajaya.
Xenophon, bagaimanapun berkata pengkritiknya bebas untuk memantau
pilihan raya Australia yang akan berlangsung pada September akan datang.
“Jika ada pemantau Malaysia mahu memantau pilihan raya, saya akan
jemput mereka. Saya akan uruskan pertemuan. Saya akan mengalu-alukan
kehadiran mereka,” katanya lagi.
Ketua pengarang akhbar nasional The Australian, Greg Sheridan, berkata dalam satu komentar Isnin lalu bahawa tindakan Xenophon “sama ada bodoh atau mahu mempromosi diri”.
Xenophon bagaimanapun menolak dakwaan Sheridan dan mengatakan ia
mengarut, kerana pengusiran beliau dari Malaysia minggu lalu yang
menjadikan ia publisiti di seluruh dunia.
“Bagaimana saya nak mempromosi diri bila kerajaan Malaysia sendiri
menahan dan mengusir saya, punca publisiti ini berlaku?” katanya lagi.
Xenophon adalah ahli delegasi bipartisan yang juga disertai oleh tiga
lagi ahli parlimen Australia, untuk bertemu dengan ketua pembangkang
Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri
Mohamed Nazri Aziz dan pegawai SPR untuk memantau sistem pilihan raya.
Ahli parlimen Australia itu membatalkan lawatan mereka.
Xenophon berkata lawatan ke Malaysia adalah urusan rasmi dan akan menghantar laporan ke Parlimen Australia.
Senator itu bersetuju dengan Sheridan bahawa pilihan raya Malaysia
lebih baik dari kebanyakan negara di dunia, tetapi berkata Malaysia kini
berada di “persimpangan demokrasi.”
Xenophon berkata media arus perdana bertindak berat sebelah, dan
melihat dakwaan PR dan pejuang hak asasi manusia tentang penipuan
pilihan raya dan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang tidak
adil.
“Sebagai sebahagian dari demokrasi antarabangsa, demokrasi ini tidak sama seperti retorik kerajaan,” katanya lagi.
Pegawai imigresen berkata Xenophon dilarang dari memasuki negara ini kerana kenyataannya didakwa merosakkan imej Malaysia.
Ketua pengarah Jabatan Imigresen Datuk Alias Ahmad berkata senator
Australia itu ditahan dibawah Akta Imigresen 8 (3), selepas Xenophon
pada tahun lalu mengkritik kerajaan Malaysia sebagai “authoritarian”
dalam menangani perhimpunan Bersih.
Menurut pemerhatian Xenophon, beliau melihat polis melepaskan gas pemedih mata dan air kimia kepada peserta perhimpunan aman.
Pandangan beliau disampaikan dalam laporan akhir misi pencarian fakta
mengenai pilihan raya di Malaysia yang terdiri dari enam lagi negara,
termasuk Indonesia, Filipina, Pakistan dan Jerman.
Pengusiran Xenophon menjadi berita utama di Australia, dengan Sydney Morning Herald
mengatakan insiden itu menunjukkan pentadbiran Najib “takut” rakyat
Malaysia akhirnya mencapai kematangan dalam kebebasan demokrasi.The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment