KUALA
LUMPUR, 1 Mac — Sepuluh penceroboh Filipina di Lahad Datu dilaporkan
menyerah diri selepas pertempuran bersenjata berlaku antara pasukan
keselamatan Malaysia dan penceroboh berkenaan, kata Kedutaan Malaysia di
Filipina.
ABS-CBN News melaporkan memetik Duta Malaysia Mohammad Zamri Mohammad Kassim berkata pencerobohan tersebut telah berakhir.
“Kedutaan berkata pencerobohan telah berakhir,” kata jurucakap Kementerian Luar Filipina, Raul Hernandez.
Portal The Philippine Daily Inquirer melaporkan jurucakap Kementerian
Hubungan Luar Filipina Raul Hernandez hari ini berkata Mohammad Zamri
telah bertemu dengan pihak Setiausaha Kementerian Hubungan Luar Albert
Del Rosario di Manila untuk memaklumkan perkara itu.
Hernandez dilaporkan berkata kerajaan Filipina masih lagi perlu
mengesahkan kenyataan jurucakap penceroboh berkenaan bahawa 10
anggotanya terbunuh.
Dua anggota komando polis Malaysia turut dilaporkan terbunuh selepas
diserang menggunakan mortar. Pemilik rumah yang dirampas turut
dilaporkan telah dibunuh menurut Mohammad Zamri, menjadikan jumlah
kematian setakat ini 13 orang.
Empat penceroboh dan empat anggota polis turut dilaporkan cedera.
Dua penceroboh dilaporkan melarikan diri ke kawasan laut, menurut laporan ABN-CBN.
Sementara itu Del Rosario meminta agar kumpulan penceroboh tersebut
diberikan akses supaya kerajaan Filipina dapat membekalkan rawatan
perubatan, kata Hernandez.
“Setiausaha Del Rosario turut meminta jasa baik agar kapal tentera
laut Filipina AT-296 BRP Tagbuana dibenarkan memasuki Lahad Datu untuk
membolehkan pegawai perubatan Filipina memasuki kawasan tersebut dan
merawat mereka yang tercedera dan membawa pulang baki penceroboh
kepangkuan keluarga dan kampung halaman mereka, kata Hernandez, dipetik
ABS-CBN.
Kawasan Pantai Timur Sabah diletakkan dengan kawalan keselamatan yang ketat.
Ketua Polis Semporna Deputy Supt Firdaus Francis Abdullah dilaporkan
berkata kepada The Star Online pihak polis diletakkan dalam keadaan
berjaga-jaga bersama dengan pasukan keselamatan lain untuk tindakan
lanjut.
Firdaus dilaporkan berkata penduduk di sana agar bertenang kerana ia hanya sebagai langkah berjaga-jaga.
“Banyak pihak yang risau ia akan merebak ke Semporna, namun
sebenarnya tidak perlu dibimbangkan kerana penceroboh Sulu telah disekat
ke Lahad Datu,” katanya.
Semporna dan Lahad Datu, yang kedua-duanya terletak di kawasan pantai
timur Sabah telah menerima serangan pada 1980an dan 1990an, terutamanya
daripada lanun dari Selatan Filipina, lapor portal tersebut.
Lahad Datu, yang berada dalam lingkungan 130km jaraknya dari lokasi
pertempuran turut digambarkan sebagai “pekan berhantu”, dengan semua
kedai di pusat bandar ditutup dan anggota tentera dilihat mengadakan
kawalan di beberapa kawasan termasuk sekolah dan hospital.
Empat turut dilaporkan cedera, termasuk Puteri Jaycel Kiram, anak perempuan kepada Sultan Sulu Jamallul Kiram III (gambar), memetik laporan Philippine Daily Inquirer.
Dianggarkan 180 pemberontak Filipina, termasuk 30 lelaki bersenjata
menceroboh Sabah pada 9 Febuari lalu dan enggan beredar, walaupun telah
diarahkan oleh kedua-dua kerajaan Malaysia dan Filipina.
Mereka menegaskan lebih rela mati di Sabah dan tidak akan menyerah kalah.
Penceroboh berkenaan mula memberontak apabila beberapa pengikut
Agbimuddin mahu pulang ke Filipina, menurut portal berita The Star
Online Isnin lalu.
Kumpulan tersebut sebelum ini mengatakan tidak mahu pulang ke Sabah kerana mereka “adalah warga Kesultanan Sulu.” TMI
No comments:
Post a Comment