Berlanjutan daripada kenyataan Jamalul Kiram III yang mengerahkan
anak-anak buahnya untuk meneruskan peperangan gerila terhadap pasukan
keselamatan kita, KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera) bersetuju dan
menyokong penuh kenyataan pihak keselamatan negara Polis dan Tentera
yang bersedia untuk berdepan dengan musuh dengan apa cara sekalipun.
Bumi bertuah negara ini wajib dipertahankan walau apa pun keputusan
dari pihak penceroboh. Rakyat wajib menyokong penuh pasukan keselamatan
kita tanpa mengira fahaman politik.
Walaupun pada pendirian kami, tragedi ini tercetus akibat kegagalan
dan kecuaian pimpinan politik mengawal keselamatan negara namun ‘nasi
telah menjadi bubur’.
Kita tiada pilihan lain kecuali bersama dengan pasukan keselamatan
Polis dan Tentera untuk ‘melangsaikan’ musuh-musuh secepat mungkin.
Pimpinan politik yang ‘tidor’ selama ini bakal kita hukum di dalam PRU
ke-13 akan datang.
KOBAT mengingatkan pimpinan Umno terutamanya jangan cuba ‘bermain politik’ di dalam menangani aspek keselamatan negara.
Media-media di bawah kawalan Umno/Bn diberi amaran agar hentikan saja
propaganda atau hasutan jahat mereka terhadap pimpinan Pakatan Rakyat
untuk melindungi kelemahan mereka mengurus keselamatan negara.
Sekiranya mereka masih memainkan sentimen ini untuk memburuk-burukkan
pembangkang, kami bersedia untuk menjawab tuduhan mereka agar rakyat
sedar siapakah yang sepatutnya dipersalahkan.
Jangan nanti kami dituduh mempolitikkan isu di Lahad Datu sedangkan
pihak Umno-BN saban hari membuat tuduhan tidak berasas kepada
pembangkang.
Akhir sekali, KOBAT menyeru kepada semua rakyat terutamanya kepada
semua warga tentera dan bekas tentera dan Polis agar sentiasa berdoa
supaya pasukan keselamatan kita sentiasa diberikan kekuatan, semangat
dan kesabaran oleh Allah SWT di dalam berhadapan dengan musuh negara.
Wan Fauzuldin Wan Samad
Penyelaras
KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera)
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?
Penyelaras
KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera)
No comments:
Post a Comment