Bekas
ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Seri
Ahmad Said Hamdan dijangka akan memohon maaf kepada Menteri Besar
Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim esok di Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur.
Ia berkaitan dengan kenyataan Ahmad Said mengenai dakwaan
penyalahgunaan kuasa oleh MP tersebut berhubung penyelenggaraan kereta
peribadi dan pembelian sejumlah lembu bagi Hari Raya Aidiladha pada 2009
untuk kawasan parlimen yang diwakili Abdul Khalid.
Kedua-dua pihak bersetuju untuk membuat penyelesaian di luar mahkamah – yang dirunding sejak awal pagi ini – dan akan direkodkan di hadapan Hakim Datuk Lau Bee Lan esok.
Khalid hari ini memberi petunjuk bahawa beliau tidak akan menuntut gantirugi, namun terma penyelesaian itu hanya akan diketahui esok.
Beliau menamakan Ahmad Said dan kerajaan Malaysia sebagai responden di dalam saman tersebut.

No comments:
Post a Comment