Isnin, 25 Mac 2013
KOTA BHARU: Bekas isteri Wan Muhammad Azri Wan Deris (gambar)
atau lebih dikenali dengan blogger Papagomo turut dinamakan sebagai
saksi kes saman Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa terhadapnya.
Selain itu seorang lagi ahli keluarga terdekat Papogomo, Rohman
Deraman yang berasal dari Pasir Puteh turut dinamakan sebagai saksi.
Peguam plaintif, Hisham Fauzi berkata, saksi-saksi lain termasuk
blogger, wakil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), di
mana kesemuanya tujuh orang.
Manakala peguam Jasbeer Singh yang mewakili defendan memberitahu
pihaknya hanya bercadang mengemukakan seorang saksi. Beliau turut
dibantu peguam Parvinder Kaur.
Kes tersebut dikendalikan di hadapan Hakim Datuk Yazid Mustafa.
Husam yang juga saksi pertama kes tersebut memberitahu mahkamah blogger terbabit tidak pernah mengikuti rombongannya ke China.
“Namun dia memfitnah saya sebagai seorang pemimpin politik sebuah
parti Islam dengan menyiarkan gambar kononnya saya berpegangan tangan
dengan seorang wanita Cina.
“Dengan penyiaran gambar itu dalam blognya, dan kemudian ada yang
dicetak dengan kertas bermutu tinggi diedar ke merata tempat,
menyebabkan reputasi saya jatuh.
“Saya tidak berupaya untuk menyekat penyebaran itu melainkan hanya melalui perintah mahkamah sahaja,” katanya.
Sebelum itu hakim menegur defendan kerana tidak hadir pada perbicaraan tersebut.
Pada 6 Disember 2011 defendan melalui blog http://www.papagomo.com
menyiarkan berita bertajuk 'gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin
tangan China Doll’.
Defendan yang kini tinggal di Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur
antara lain turut menulis; “Tapi Kawe yakin rakyat Malaysia bijok dan
crdik bilo keleh gambar ni. Ambo yakin sedikit sebanyak rakyat Kelantan
akan buko mato kenal siapo hok dalam gambar ni.”
Dalam writ samannya Husam menjelaskan gambar itu sebenarnya
menunjukkan beliau ketika itu bersama rombongan kerajaan Kelantan ke
China sedang berjalan keluar dari sebuah bangunan dengan diikuti oleh
jurubahasanya, seorang perempuan warganegara China.
Plaintif sedang memegang saputangan di tangan dan perempuan itu berjalan di belakang.
Sebelum itu peguam defendan memohon menangguh kes tersebut bagi
mendapatkan perintah daripada anak guamnya, namun ditolak mahkamah.
Peguam defendan juga menyifatkan pernyataan Husam dengan menyebut
enam lagi saksi bagi mengesahkan identiti Papagomo, disifatkan sebagai
hanya sebagai hearsay.
Namun hakim memberitahu pihak plaintif akan mengemukakan saksi
tersebut pada perbicaraan itu dan mahkamah dapat menilai hujah mereka
nanti.
Sementara itu pada sambung bicara kes Husam menyaman seorang lagi
bloger mesra Umno, Mohamad Iskandar atau lebih dikenali sebagai
Parpukari, memindahkan kes tersebut ke Pulau Pinang ditolak mahkamah
dengan kos.
Sebelum ini mahkamah juga menolak dengan kos permohonan defendan meminda peryataan pembelaan.
Defendan disaman Husam ekoran artikel disiarkan dalam blog
“parpukari.blogspot.com”. Parpukari production mempersembahkan kisah
cinta terlarang dua benua pada 19 Febuari 2012.Hrkh
No comments:
Post a Comment