Sunday, March 17, 2013

Bukti Sah : Bukan Anwar Dalam Fitnah Terbaru

17 Mac 2013


Tatkala blog-blog pro-UMNO bersuka-ria meletakkan beberapa gambar individu kononnya Anwar yang mengadakan hubungan seks sejenis, ramai mempertikaikan kenapa gambar-gambar itu hitam putih dan tidak berwarna.
Apatah lagi, di sebelah muka Anwar itu gelap dan tidak terkena cahaya dari tingkap, sedangkan badannya jelas dipancar dengan cahaya tersebut.Tetapi yang menjadikan gambar itu lebih kantoi ialah belahan rambut pelaku di dalam gambar tersebut berbanding dengan belahan rambut Anwar yang sebenar seperti paparan gambar di atas sekali.
Di dalam gambar-gambar itu ternyata lelaki berkenaan mempunyai belahan rambut di sebelah tengah walhal Anwar sentiasa menyikat dan membelah rambutnya di sebelah tepi.Justeru itu bertambah nyata, pelaku di dalam gambar itu bukannya Anwar.

Sebelum inipun telah dijelaskan bahawa "badan lelaki dalam gambar itu adalah terlalu tegap dan terlalu muda, tiada kedutan jika mahu dibandingkan lelaki berusia 65 tahun."Kebenaran akan tetap terserlah jua, dan apa jua "fitnah" tetap tidak mempunyai kekuatan - orang yang memfitnah akan terus berdosa dan orang yang diftnah akan sentiasa mendapat pahala selagi ada yang menyebar dan mempercayai fitnah itu.
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat nanti seorang akan terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia. Maka, dia berkata kepada Allah: “Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya? Maka Allah menjawab: Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat (memfitnah) engkau tanpa engkau ketahui.” ~greenboc

No comments:

Post a Comment