Tragedi
Lahad Datu kini dimanipulasi oleh cybertrooper Umno untuk menjana
kebencian terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat termasuk saya.
Semalam beberapa blog pro-BN telah menyiarkan berita palsu bahawa
saya telah menghina pembunuhan anggota keselamatan kita dengan istilah
“Komando Mati Katak” di satu ceramah di Puchong.
Ini adalah cerita yang dipalsukan dan tidak benar sama sekali.
Semalam saya tiada berada di Puchong dan tidak pernah beri ucapan
menghina pengorbanan Pasukan Keselamatan. Sebenarnya saya berada di
Johor dan dalam semua ucapan saya, saya menyatakan keyakinan dan
sokongan saya terhadap Pasukan Keselamatan dan anggota-anggotanya.
Blog pro-BN seperti Mymassa, Talk With Hand, Aloqlaloq dan Papagomo
sengaja melemparkan fitnah terhadap saya. Selain dari siaran berita
palsu, mereka juga mendesak pembaca terutamanya anggota polis dan askar
untuk menghantar sms maki-hamum serta panggilan bantahan kepada saya.
Saya akan mengambil tindakan termasuk tindakan undang-undang terhadap
mereka-mereka yang rekakan fitnah dan berniat untuk mengancam saya.
Saya merayakan rakyat Malaysia supaya jangan percaya kepada
propaganda niat jahat ini. Kini rakyat harus bersatu dan menyatakan
setiakawan kepada anggota keselamatan bukan memainkan taktik politik
murahan untuk memburukkan parti lawan.
Tian Chua
Ahli Parlimen Batu
Naib Presiden KEADILAN
Tian Chua
Ahli Parlimen Batu
Naib Presiden KEADILAN
Short URL: http://www.keadilandaily.com

No comments:
Post a Comment