Wednesday, March 27, 2013

Dr M bersetuju dengan Daim, Najib perlu buang pemimpin luput tarikh

Oleh Syed Jaymal Zahiid

March 27, 2013
 Dr Mahathir menyokong kenyataan Tun Daim Zainuddin bahawa prestasi Najib kini dibebani dengan masa lalu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR, 27 Mac — Nama-nama baru dalam Kabinet dapat membantu memperkukuhkan sokongan kepada Datuk Seri Najib Razak, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini, menyokong kenyataan Tun Daim Zainuddin prestasi perdana menteri kini dibebani dengan masa lalu.

Daim, bekas menteri kewangan dipetik dari wawancara  dengan New Sunday Times berkata walaupun Najib membuat “kerja dengan baik”, perdana menteri keenam itu membawa “terlalu banyak kayu mati” dan mesti menyusun semula pentadbiran dan membuang mereka yang tidak berprestasi baik.
“Ya, saya setuju dengan dia. Pokok mati harus ditebang dan dibuang supaya pokok baru dapat ditanam,” katanya menyokong kenyataan Daim kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

No comments:

Post a Comment