Pergerakan Wanita Umno Bahagian Baling adalah parlimen pertama di Kedah
melancarkan Gelombang Biru sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya
Umum Ke-13 (PRU13) yang akan diumumkan pada bila-bila masa dari
sekarang.
Ketua Wanita Umno Bahagian Baling, Datuk Dr Mashitah
Ibrahim turut menyusun atur strategi jentera parti menerusi beberapa
operasi yang dinamakan Ops Jerit, Ops Kesan, Ops Jaring, Jalinan Rakyat
(JR) dan penubuhan Persatuan Jaringan Ibu Tunggal yang diiktiraf oleh
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri.
Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata,
sehingga kini jenteranya mengesan wujud kira-kira 11,000 penama yang
tidak dikenali latar belakang berada di Parlimen Baling dan mereka ini
akan dikesan oleh jentera parti menerusi Ops Kesan.
Katanya,
berdasarkan Buku Biru yang mencatatkan senarai nama pengundi tidak
dikenali itu, jentera Pergerakan Wanita Umno Bahagian akan berbincang
dengan Ibu Angkat masing-masing untuk mengenal pasti identiti atau latar
belakang penama berkenaan.
“Wanita Umno Cawangan akan melakukan
penelitian senarai nama yang ada dalam buku itu. Jika ada nama pengundi
yang tidak dikenali atau dari kawasan parlimen lain, kita akan senarai
hitamkan dan pastikan mereka balik ke kawasan asal.
“Sekiranya penama berkenaan dikenali oleh jentera parti dan memang
mereka berasal dari Baling, tetapi tidak mendaftar sebagai pengundi,
kita akan daftarkan mereka sebagai pengundi. Tugasan ini dinamakan Ops
Jaring. “Jumlah ini suatu angka yang membimbangkan kita dan kita tahu
mereka dibawa masuk secara senyap-senyap oleh pembangkang untuk
memastikan calon mereka menang dalam PRU ini,” katanya berucap
melancarkan Gelombang Biru Pergerakan Wanita Umno Bahagian Baling di
Dewan Tun Razak, Baling, Khamis.
Pergerakan Wanita Umno Bahagian Baling adalah parlimen pertama di Kedah melancarkan Gelombang Biru sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang akan diumumkan pada bila-bila masa dari sekarang.
Ketua Wanita Umno Bahagian Baling, Datuk Dr Mashitah Ibrahim turut menyusun atur strategi jentera parti menerusi beberapa operasi yang dinamakan Ops Jerit, Ops Kesan, Ops Jaring, Jalinan Rakyat (JR) dan penubuhan Persatuan Jaringan Ibu Tunggal yang diiktiraf oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri.
Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, sehingga kini jenteranya mengesan wujud kira-kira 11,000 penama yang tidak dikenali latar belakang berada di Parlimen Baling dan mereka ini akan dikesan oleh jentera parti menerusi Ops Kesan.
Katanya, berdasarkan Buku Biru yang mencatatkan senarai nama pengundi tidak dikenali itu, jentera Pergerakan Wanita Umno Bahagian akan berbincang dengan Ibu Angkat masing-masing untuk mengenal pasti identiti atau latar belakang penama berkenaan.
“Wanita Umno Cawangan akan melakukan penelitian senarai nama yang ada dalam buku itu. Jika ada nama pengundi yang tidak dikenali atau dari kawasan parlimen lain, kita akan senarai hitamkan dan pastikan mereka balik ke kawasan asal.
“Sekiranya penama berkenaan dikenali oleh jentera parti dan memang mereka berasal dari Baling, tetapi tidak mendaftar sebagai pengundi, kita akan daftarkan mereka sebagai pengundi. Tugasan ini dinamakan Ops Jaring. “Jumlah ini suatu angka yang membimbangkan kita dan kita tahu mereka dibawa masuk secara senyap-senyap oleh pembangkang untuk memastikan calon mereka menang dalam PRU ini,” katanya berucap melancarkan Gelombang Biru Pergerakan Wanita Umno Bahagian Baling di Dewan Tun Razak, Baling, Khamis.
Sekarang baru sedar sudah dipenghujung siapa ajar siapa dan siapa salah siapa semasa Bersih 2 menegur supaya SPR bertindak kenapa diam dan bangkang dan sekarang baru nak gatal mulut nak bercakap sudah habis modal ka nak bercakap.Tolong panjangkan komen saya ini pada semua pecacai UMNO terutama betina yang baru celik dan jaga dari buaian mimpi dunia,dia sudah lupa daratan dek kerana kemewahan dunia,dia lupa yang dia tu orang yang ada ilmu akhirat,sayang sekali ilmu disalah tempatkan
ReplyDelete