KERENGGA
KURSI.....Salah seorang pengganas yang ditembak mati telah mempunyai tato Ayatul Kursi di belakangnya.
KUMPULAN
pengganas dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad
Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, tetapi berdasarkan
tanda-tanda yang ditemui pada mayat pengganas itu, mereka menggunakan
ilmu kebatinan yang berunsur syirik.
Antara
benda-benda berunsur syirik yang ditemui pada mayat pengganas ialah
tangkal yang mereka percayai boleh menjadikan anggota militan kebal dan
takwim bagi meramal hari yang sesuai untuk menyerang pasukan
keselamatan.
Menurut
sumber pasukan keselamatan, terdapat pengganas yang mati ditembak
memakai tangkal dan mempunyai tatu ayat al-Quran di badan.
"Mereka
mungkin kebal dengan peluru tetapi tidak setiap masa. Malah jika kulit
mereka tidak lut, namun letupan mortar mampu membunuh mereka," katanya.
Beliau
berkata ada satu mayat pengganas yang mempunyai kesan hitam dipercayai
kesan peluru namun kemungkinan kematian pengganas itu disebabkan luka
dalaman akibat bunyi dan letupan mortar.
Ada juga
tangkal bertulisan Arab dipercayai ayat al-Quran dan al-Quran kecil
yang dipakai serta dibawa sepanjang masa oleh pengganas Sulu kononnya
untuk menjadi kebal, ternyata tidak berkesan apabila rata-rata mereka
mati ditembak oleh Pasukan Keselamatan Malaysia.
Tangkal
terbabit ditemui ketika pemeriksaan pada mayat pengganas oleh pasukan
keselamatan. Buku kecil bertulisan Arab dipercayai al-Quran kecil yang
diikat dengan tali dan dililit di pinggang.
Malah
tangkal itu difahamkan turut ditemui pada mayat seorang daripada
pengganas yang ditembak pada 6 Mac lalu di Kampung Tanduo di sini, dan
amat menyedihkan tangkal itu dipakai di celah kelangkang.
Menurut
sumber, pengganas terbabit menganggap pemakaian tangkal itu dapat
melindungi mereka daripada ditembusi peluru tetapi tetap kecundang
ditembak pasukan keselamatan dalam pertempuran.
No comments:
Post a Comment