Monday, March 11, 2013

Isu Lahad Datu boleh sebabkan pilihan raya ditangguh

(Oleh Ruqayya Rahman)
KUALA LUMPUR 11 MAC: Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh berkata, isu keganasan di Lahad Datu boleh dijadikan sebab bagi Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menangguhkan pilihan raya di Sabah.

Ini bermakna, katanya, kerajaan mempunyai strategi untuk terus kekal berkuasa jika keputusan pilihan raya di peringkat parlimen tertangguh.
fuziah“Selagi tak selesai isu di Sabah, selagi itu Umno BN ada masa untuk fikirkan strategi kekal di Putrajaya kerana mereka tahu tergantungnya pilihan raya di Sabah bermakna tergantung keputusan di Parlimen,” kata Ahli Parlimen Kuantan itu.

Beliau menyifatkan isu itu boleh dimanipulasi kerajaan yang sedang terdesak dengan pelbagai pembongkaran skandal dan isu pemimpin tertinggi parti itu.
“Saya yakin isu Lahad Datu akan digunakan sebagai modal untuk mengada-adakan perkara yang tidak ada,” kata Fuziah kepada Keadilan Daily.

Bersimpati dengan nasib anggota polis yang terkorban, Fuziah dalam pada itu mempersoal kelewatan kerajaan bertindak dengan menghantar pasukan tentera bagi menangani krisis di Lahad Datu.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/

No comments:

Post a Comment