myMetro 11 Mac 2013
Kuala Lumpur: Seorang
lelaki bertindak kejam apabila mengelar lengan anak tirinya selepas
berang dengan perbuatan remaja itu yang kerap minta wang daripada
isterinya di Flat Sri Sabah, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira
jam 11 malam itu, mangsa berusia 21 tahun turut ditetak di kepala dan
dia kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Sumber
polis berkata, sebelum kejadian mangsa bertengkar dengan bapa tiri yang
berusia 40-an kerana tidak membenarkan ibunya memberi wang yang
diminta.
“Berang dengan tindakan
mangsa yang melawan, bapa tirinya berlari ke dapur dan mengambil pisau
pemotong daging lalu menggelar tangan anak tirinya dan menetak di
kepala,” katanya, semalam.
No comments:
Post a Comment