KUALA LUMPUR, 28 Mac — Trak konvoi "Jelajah Negara Berkebajikan
PAS" didakwa telah ditahan 30 anggota pasukan polis termasuk anggota
polis dari Cawangan Khas dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika
dalam perjalan menuju ke lokasi ceramah di Seksyen 18 di Perak.
Difahamkan anggota polis telah mengejar trak berkenaan sebaik sahaja
keluar dari lebuhraya dan menahannya di Taman Pinji Perdana selepas
melalui sekatan jalan raya yang dilakukan pihak berkuasa.
Memetik laporan Harakahdaily, sekitar lima kereta peronda polis,
empat motorsikal berkuasa tinggi turut berada di lokasi berkenaan ketika
trak tersebut ditahan.
Pemeriksaan trak yang memakan masa selama sejam itu bagaimanapun dibuat pihak JPJ.
Turut difahamkan, peguam PAS, Asmuni Awi antara pihak yang berunding
dengan pasukan polis tersebut yang mendakwa mereka hanya menjalankan
tugas yang diarahkan pihak atasan untuk menahan trak berkenaan.
Malah, Harakahdaily turut melaporkan lokasi ceramah pada malam itu
juga terpaksa diubah daripada Seksyen 18 ke tapak pasar malam Kampung
Pengkalan Pegoh penganjur mengatakan terdapat ramai anggota pasukan
polis anti rusuhan (FRU) dan polis berada di lokasi bekenaan.
No comments:
Post a Comment