KUALA
LUMPUR 2 MAC: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mempersoal bagaimana
kumpulan penceroboh bersenjata mendarat di Pantai Tanjung Labian dan
menyusup berjalan kaki dengan skala ratusan askar, jauh ke Kampung
Tanduo.
“Di manakah kelengkapan negara dengan perbelanjaan duit rakyat yang
berbilion itu? Kehilangan nyawa tetap berlaku walaupun ratusan bilion
dihabiskan Kementerian Pertahanan.
“Sudah lengkap bersenjata tetapi gagal menafsir keputusan tepat
ketika genting – satu kesalahan yang tidak boleh dimaaf,” kata Ketua
Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard pada kenyatan
media, hari ini.
Memetik Philippine Daily Inquirer
yang melapor kenyataan Danny Virtudazo, pimpinan kanan negeri Palawan
bahawa kira-kira 1,500 lelaki dengan beberapa bot mendarat di Sabah.
Justeru, kata Badrul Hisham yang juga Ketua Cabang KEADILAN Rembau,
kelewatan kerajaan Malaysia bertindak antara punca kematian dua anggota
keselamatan dalam insiden di Lahad Datu.
“Akibat tiada ketegasan, negara berdepan dengan kes kematian. Tidak
mustahil orang awam bakal jadi mangsa. Apakah setelah berlaku dua
kematian, maka baru kerajaan mahu bertindak?” katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?

No comments:
Post a Comment