Kerengga
senik
Assalamualaikum,
Kes pencerobohan di Lahad Datu mengorbankan 2 anggota Polis sama
seperti kes Al Maunah yang turut mengorbankan 2 anggota Polis.Membaca
lapuran lapuran yang ada, penulis agak bingung kerana ada persamaan
dengan kes Al Maunah dulu.
Ketika
kes Al Maunah kalau tak silap ketika lapuran polis dibuat oleh pengawal
kem tentera yang dirompak ada disebut antara perompak perompak itu
terdapat seorang Iban dan seorang India dan kemudiannya disahkan anggota
polis yang mati itu ialah bangsa Iban dan India sementara anggota Al
Maunah yang ditangkap tidak pula terdapat orang Iban dan India.
Sementara
lapuran berita terkini TV3 suku petang semalam ada menyebut warga
tempatan turut terbunuh dan mengikut lapuran itu lagi warga tempatan itu
merupakan sepupu salah seorang penceroboh itu, sementara dalam lapuran
lain dikatakan yang terbunuh itu adalah pemilik rumah yang didiami
penceroboh.Lapuran yang agak tergantung dalam kedua dua kes Al Maunah
dan pencerobohan Lahad Datu sehingga muncul satu lapuran dari Sabahkini
yang boleh mengaitkan kes kematian warga tempatan itu. Nampaknya orang
Sabah lebih mengetahui walaupun ada percubaan mengaitkan pembangkang dan
ketua pembangkang dalam kes pencerobohan ini.
Presiden
Filipina menyatakan rasa hairannya apabila feri yang membawa penceroboh
yang menurutnya memerlukan pembiayaan yang banyak dan berjanji untuk
menyiasatnya sedangkan mudahnya feri tersebut melepasi kawalan sempadan
juga turut dipersoalkan.Menurut bekas Laksamana tentera Malaysia,TLDM
mempunyai kredibilit tetapi kenapa feri ini bolos? Bukan setakat itu,
malah ada beberapa agensi pengawal pantai yang turut dilepasi feri
tersebut.
Lapuran
Sabahkini ada munasabahnya.Ada unsur unsur perancangan yang teratur
dalam membawa penceroboh ini masuk dan lapuran yang sebelum ini menyebut
penceroboh datang kerana pelawaan pembangkang untuk membincangkan
persoalan tanah sebenarnya mungkin bukan pembangkang tetapi berdasarkan
lapuran Sabahkini itu ialah seorang pemimpin UMNO tempatan yang kalah
perbicaraan dengan FELDA.
Kalau
benar lapuran itu, maka isu pencerobohan sebenarnya isu kerakusan
individu yang tidak ada kena mengena dengan mana mana pihak baik
kerajaan atau pembangkang tetapi persoalan keselamatan masih wajar
dipersoalkan.Di mana agensi pengawal sempadan kita yang dibiayai oleh
bukan sedikit wang rakyat.Menurut bekas laksamana Tentera kita, TLDM
merupakan agensi yang mempunyai kredibiliti tetapi di mana TLDM dalam
kes ini? Apatah lagi lapuran turut menyebut ketua penceroboh melarikan
diri ke laut, macam mana boleh lepas?
Masih
banyak yang tidak kita ketahui termasuk ke mana perginya penceroboh yang
selebihnya, kerana yang terbunuh dan yang menyerah diri
serta
yang melarikan diri tidak seramai dengan yang dilapurkan mendarat.Begitu
juga nasib yang melarikan diri tidak diketahui sedangkan kita masih
ingat Ketua Pembebasan Moro Nur Massuri pernah ditangkap di perairan
Sabah dan diserahkan kepada Filipina.
Kita harap orang Sabah dapat membantu kita mencari kebenaran dan membantu kita menghapuskan muka muka buruk di negara kita!
No comments:
Post a Comment