Hanya kerana keluar rumah membawa payung membuatkan lelaki malang ini di buru polis dengan menggunakan helikopter.
Lelaki itu, Michael Di Marzo yang tinggal di kota Olympia, Amerika Syarikat
mungkin tidak akan menyangka jika payung hitam yang dibawanya ini akan
menjadi masalah besar di seluruh kota dan dia terpaksa diburu oleh polis .
Payung
hitam yang dibawa Michael Di Marzo ini mirip seperti senapang sebu
sehingga banyak warga yang menyangka yang Di Marzo sedang membawa senapang
serbu untuk melakukan tindakan kejahatan seperti penembakan masal.
Kerana dianggap membawa senapang serbu banyak warga yang melaporkan Di Marzo
kepada polis , polis yang menerima laporan kemudian melakukan pencarian
terhadap Di Marzo sengan menggunakan helikopter untuk mencari melalui udara
kerana takut terjadi hal hal yang tidak diingini. Pihak polis
bahkan sempat menghentikan kegiatan belajar salah satu sekolah sampai Di
Marzo ditemukan.
“Saya diikuti oleh sebuah helikopter ketika
dalam perjalanan pulang ke rumah saya. Helikopter itu mengitari dan
menyorot saya dengan lampu yang sangat terang,” ujar Di Marzo, seperti
dikutip Digital Spy, Isnin (25/3/2013).
Tidak lama
kemudian polis mendatangi Di Marzo yang telah berada di rumahnya.
Mereka menjelaskan ada yang melaporkan bahawa dia membawa senapang serbu
dan meminta maaf atas ketidaknyamanan yang dialaminya.
No comments:
Post a Comment