Lelaki ini hampir kehilangan nyawa kerana duduk di samping wanita
cantik dalam sebuah perjalanan naik pesawat .
Lelaki yang tidak disebutkan namanya ini dibawa ke rumah sakit setelah menempuh perjalanan di samping wanita cantik. Lelaki berusia 40 tahun ini sebenarnya beruntung kerana selama 4 jam di pesawat terbang kelas ekonomi, dia duduk di samping wanita yang menawan. Sayangnya, perjalanan dari Fouzhou ke Harbin berantakan kerana dia hampir kehilangan nyawanya, dilansir Rocketnews24.
Rasa gugup dialami lelaki ini ketika ada wanita cantik duduk di sampingnya. Untuk mengatasi rasa gugupnya, dia yang mendapat kerusi di samping jendela ini minum banyak air. Bukannya reda, malah dia ingin buang air kecil. Selama perjalanan, dia malu dan grogi jika harus berdiri dan berjalan di depan sang wanita cantik. Jadilah dia terpaksa menahan keinginannya ke toilet selama 4 jam penerbangan.
Ketikapesawat sudah mendarat di Fujian Changle International Airport, sang lelaki tidak dapat berdiri dari kerusinya dan pengsan. Kaki tangan pesawat segera memberi pertolongan dan membawanya ke rumah sakit. Berdasarkan informasi, lelaki tersebut mengalami Deep Vein Thrombosis (DVT). Satu kondisi yang sering dialami penumpang kelas ekonomi kerana tidak dapat menggerakkan anggota tubuh selama beberapa lama.
Dalam kondisi berbahaya DVT dapat memicu kematian. Beruntung, nyawanya masih boleh diselamatkan.
suatudunia
No comments:
Post a Comment