KUALA LUMPUR, 1 Mac — Pertukaran sesebuah kerajaan dalam
Pilihan Raya 2013 tidak bermakna kestabilan ekonomi dan sosial Malaysia
akan tergugat, kata pakar ekonomi Amerika Syarikat Nouriel Roubini hari
ini.
Nouriel Roubini: Mengambil bahagian dalam forum “Datum Economic Forum 2013” di Kuala Lumpur. — Gambar fail ReutersRoubini
menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang memiliki kekuatan
dalam proses demokrasi dan ekonominya diiktiraf diperingkat
antarabangsa, dua faktor ini dilihat beliau sebagai faktor utama
menjamin kestabilan dalam negara ketika ini serta dijangka
kesinambungannya akan berterusan.
“Sudah pastinya tidak lama lagi pilihan raya yang demokratik
berlangsung dalam negara ini dan terdapat ketakpastian dalam pilihan
raya ini,” kata Roubini (gambar) dalam satu forum “Datum Economic Forum 2013” di ibu kota hari ini.
“Saya ingin berkata, tidak kira apapun keputusannya, negara ini sudah menunjukkan kestabilan politik dan institusi.”
Pakar ekonomi tersebut yang terkenal dalam ramalannya keatas
kejatuhan ekonomi di Amerika pada 2008 dan 2009 walaubagaimanapun
memberikan pandangan kestabilan tersebut hanya akan kekal sekiranya
proses demokratik berjalan dengan baik jika tidak sebaliknya akan
berlaku seperti “Kebangkitan Negara Arab”.
“Oleh sedemikian, selagi terdapat proses demokratik dan selagi
kejelasan politik selepas pilihan raya ia pastinya adalah sesuatu yang
positif.
“Walaubagaimanapun, pastinya terdapat ketakpastian yang kecil,” tambah beliau lagi.
“Oleh sedemikian, selagi terdapat proses demokratik dan selagi
kejelasan polisi selepas pilihan raya ia pastinya adalah sesuatu yang
positif.
“Walaubagaimanapun, pastinya terdapat ketakpastian yang kecil,” tambah beliau lagi.
Apabila ditanya oleh salah seorang peserta sama ada langkah Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mengumumkan lagi tarikh pilihan
akan memberikan kesan buruk kepada pasaran dan pelabur di Malaysia,
Nouriel menjawab: “Saya tidak masuk campur dalam politik negara ini.
“Rakyat akan pilih wakil mereka dalam pilihan raya nanti. Negara ini
demokrasinya stabil dan komitmen polisi luar ekonominya telah membawa
kepada kejayaan dan disegani dikalangan negara luar lain,” tambah beliau
lagi.
Sehubungan itu, Nouriel menegaskan segala ketakpastian dalam pilihan
raya yang dijangka berlangsung tidak lama lagi akan ditangani menerusi
proses yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan negara sejak
mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
“Ketakpastian akan ditangani menerusi proses demokratik dan institusi
demokrasi yang kuat dalam negara ini,” kata pengerusi badan Roubini
Global Economics di Amerika Syarikat.
Beliau juga memberikan pandangan secara tak langsung terhadap
beberapa langkah kerajaan yang memberikan pelbagai gula-gula politik
seperti wang dan barang keperluan untuk meraih dengan menyifatkannya
sebagai langkah yang tidak menguntungkan ekonomi sesebuah negara.
“Setiap kali adanya pilihan raya, sesiapa yang berkuasa sebelum pilihan raya akan memberikan wang tunai kepada orang ramai.
“Ini bagi meningkatkan peluang untuk menang dan tingkatkan defisit
pada tahun pilihan raya. Tapi diharapkan langkah tersebut tidak diulangi
semula,” ujar Nouriel yang juga dikenali sebagai “Dr Doom” itu lagi.
Pelbagai spekulasi tentang pilihan raya dikeluarkan oleh ahli politik
kebelakangan ini, antaranya memberikan situasi kekecohan yang akan
berlaku sekiranya pembangkang iaitu Pakatan Rakyat (PR) memegang tampuk
kuasa di Putrajaya.
Dalam pada itu, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga
menyifatkan perubahan kerajaan bukanlah terbaik untuk Malaysia kerana ia
hanya akan membantutkan kemajuan ekonomi yang cuba dibawa oleh kerajaan
sedia ada.
Dr Mahathir menegaskan berbeza dengan negara lain, Malaysia merupakan
sebuah negara yang tidak pernah bertukar pemerintahan sejak mencapai
kemerdekaan dan menggambarkan perubahan kerajaan bakal memberi kesan
teruk terutamanya dari segi ekonomi khususnya.
“Malaysia tidak pernah bertukar pemerintahan sejak Merdeka.
“Oleh sebab itulah
Najib juga meminta rakyat supaya tidak membuat “perubahan” yang belum pasti menjamin kemakmuran dan kesejahteraan kepada mereka.
Bukan semua perubahan membawa kepada sesuatu yang baik, kata Najib
sambil mengingatkan supaya rakyat tidak menukarkan sesuatu yang mereka
boleh bergantung harapan daripada memberi kepada pihak lain yang
ternyata belum terbukti rekod perkhidmatannya.
Menjelang pilihan raya tidak lama lagi tahun ini, pentadbiran Najib
dan Umno yang dipimpinnya berhadapan ujian paling getir sejak
kemerdekaan terutamanya apabila PR membangkitkan pelbagai isu
kontroversi melibatkan pemimpin politik dalam Umno.
PRU ke 13 dijangkakan sebagai paling sengit dalam sejarah bagi
Barisan Nasional kerana buat pertama kalinya perlu berhadapan dengan
pembangkang yang paling tersusun. TMI
No comments:
Post a Comment