Kerajaan Filipina
sedang berbincang dengan sepasukan peguam bagi mengkaji tuntutan
tersebut ke atas Sabah dalam masa sama pertempuran antara puak
bersenjata Sulu dan pasukan keselamatan Malaysia, menurut akhbar
Filipina hari ini.
KUALA LUMPUR, 19 Mac —
The Philippine Star melaporkan seorang anggota senior dalam
kerajaan Filipina berkata negara tersebut tidak melepaskan tuntutan ke
atas wilayah yang kini menjadi sebahagian dari Malaysia selama berdekad
lamanya.
“Mereka berguraukah bila mereka kata kita lepaskan tuntutan kita?
Kita sudah bayar begitu bayar kepada peguam untuk mengkaji tuntutan
tersebut,” kata Setiausaha Kabinet Jose Rene Almendras.
Tetapi beliau berkata sebarang tindakan negara tersebut akan dibawa
mengikut undang-undang antarabangsa dan bukannya kekerasan, katanya yang
menyahut pandangan Presiden Benigno Aquino III.
Akhbar tersebut melaporkan Aquino berkata semalam bahawa
pentadbirannya akan menyediakan rancangan untuk menamatkan tuntutan
Sabah secara aman.
Perdebatan tentang kerajaan Filipina dan Kesultanan Sulu untuk
menuntut Sabah timbul selepas pencerobohan timur Sabah oleh 200 pengikut
bersenjata Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu
lebih sebulan lalu.
Semalam, Jamalul mengarahkan pengikutnya di Sabah yang diketuai
adiknya Agbimuddin Kiram untuk melancarkan perang gerila ke atas pasukan
keselamatan Malaysia, walaupun laporan mengatakan lebih 60 orang
pengikutnya dan 10 orang anggota keselamatan Malaysia terkorban.
Pada 2 Mac, Setiausaha Undang-Undang Leila de Lima dari Jabatan
Undang-Undang Filipina berkata kerajaannya tidak menolak untuk mengambil
tuntutan kumpulan dari Sulu terhadap Sabah kepada Mahkamah Keadilan
Antarabangsa (ICJ), tetapi berhati-hati untuk tidak mengeruhkan hubungan
yang akrab dengan Putrajaya.
Kesultanan Sulu menuntut Sabah, yang dikatakan menyewa Borneo Utara
pada 1878 kepada Syarikat Borneo Utara British dengan bayaran 5,000
dolar Malaya ketika itu, yang kemudiannya dinaikkan kepada 5,300 dolar
Malaya pada tahun 1903.
Sabah, bagaimanapun, menyertai Malaya, Sarawak dan Singapura untuk
membentuk Malaysia pada 1963, selepas Malaysia berterusan membayar
RM5,300 kepada Sultan Sulu untuk negeri Borneo tersebut.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengatakan
referendum 1962 Suruhanjaya Cobbold di Sabah dan Sarawak mengatakan dua
pertiga rakyat menyokong untuk menyertai Malaysia.
Awal bulan ini, Majlis Peguam Malaysia berkata Sultan Sulu tidak
mempunyai hak dari segi undang-undang ke atas Sabah, berkata ICJ telah
mengiktiraf Malaysia mempunyai kedaulatan ke atas Sabah dan pulau
sekelilingnya ketika menuntut wilayah yang bertindih pada 2002.
ICJ mengiktiraf tuntutan Malaysia dalam tuntutannya di antara
Putrajaya dan Jakarta ke atas pulau Ligitan dan Sipadan yang berhampiran
Sabah pada Disember 2002.
Filipina pada masa itu cuba mencelah dalam kes tersebut, tetapi permintaan mereka ditolak.
Putrajaya dan Manila adalah rakan Persatuan Negara-Negara Asia
Tenggara, rakan politik dan ekonomi serantau, dan rakan penting dalam
membentuk perjanjian damai di selatan Filipina.TMI
No comments:
Post a Comment