myMetro 22 Mac 2013
Dalam kejadian kira-kira jam 3.50 pagi itu mangsa yang berusia 31
tahun itu mati akibat cedera parah di dada, leher, tangan dan rusuk
kiri.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, kejadian disedari anggota polis yang bertugas berdekatan tempat kejadian dan terdengar bunyi letupan sebelum bergegas ke lokasi.
“Sebaik tiba, mereka dapati seorang lelaki sudah berlumuran darah
di tempat duduk pemandu kereta manakala seorang wanita sedang menangis
di sebelahnya.
“Pada masa sama, ada empat individu dipercayai lelaki menaiki dua motosikal Yamaha LC memecut meninggalkan tempat kejadian,” katanya.
Menurutnya, mangsa dan teman wanitanya baru saja mendaftar masuk di hotel berkenaan kira-kira 20 minit sebelum kejadian berlaku.
Zainuddin berkata, hasil pemeriksaan terhadap mangsa, polis menemui
beberapa peket disyaki dadah jenis syabu, Eramin 5 dan juga Ecstacy.
“Semakan terhadap kenderaan dinaiki mangsa turut mendapati kereta BMW itu menggunakan nombor pendaftaran palsu dan dilaporkan disamun dalam satu kejadian pecah rumah di Brickfields, Selasa lalu.
“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan kes
disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh,”
katanya.
No comments:
Post a Comment