Lebih waspada
Lahad Datu: Mayat sebahagian daripada 33 pengganas Sulu yang ditembak
Khamis lalu masih belum dapat dibawa keluar pasukan Unit Forensik Polis
Diraja Malaysia (PDRM) kerana terletak berhampiran kawasan
persembunyian pengganas.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, sebahagian mayat
terbabit sudah dibawa keluar manakala sebahagian lagi masih di kawasan
pertempuran.
Katanya, kejadian tembakan membabitkan anggota unit sama ketika mengeluarkan sembilan mayat pengganas, Rabu lalu, menyebabkan pasukan keselamatan mengambil langkah lebih berhati-hati demi keselamatan anggota bertugas.
Menurutnya, peranan pasukan unit forensik penting untuk mengenal pasti identiti mayat dan proses bedah siasat.
“Berikutan keadaan di lokasi sebahagian mayat pengganas ini agak bahaya, kita belum dapat membenarkan pasukan forensik mendekatinya. Jika keadaan selamat, baru mereka dibenarkan menjalankan tugas,” katanya.
No comments:
Post a Comment