| Harakahdaily, | 03 Mac 2013 |
KULAI: Lebih 10 penduduk dan peniaga di Jalan Simpang
Renggam-Kulai berhampiran Kampung Bukit Nyamuk, Simpang Renggam membuat
keputusan berpindah selepas harapan mendapatkan bekalan elektrik sejak
20 tahun lalu tidak juga ditunaikan.
Mohd Ja’afar Sari peniaga buah-buahan yang dipetik NusajayaKini berkata, pelbagai kepayahan dihadapinya selama 20 tahun berniaga tanpa bekalan elektik.
Menurut
Ja'afar, beliau terpaksa menanggung kos bahan api sebanyak RM300
sebulan untuk menghidupkan generator berbanding hanya RM100 jika
menggunakan bekalan elektrik TNB.
Seorang lagi, Mohd Tan Chan Abdullah pemilik kilang papan terpaksa mengambil tindakan sama, dengan berpindah ke tempat lain.
Menurut Tan, beliau menghadapi masalah yang sama sejak 18 tahun yang lalu apabila terpaksa membelanjakan kos sebanyak RM 7,000 sebulan untuk membeli minyak diesel bagi menghidupkan generator berbanding kos hanya sekitar RM2,000 sekiranya menggunakan bekalan elektirk TNB.
Mereka mendakwa, permohonan kepada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah dilakukan sebanyak dua kali dan makluman juga telah dibuat kepada wakil rakyat berkaitan.
Namun sehingga kini kata mereka, tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak terlibat.
Difahamkan juga, jarak antara kampung berkenaan dengan punca elektrik hanya berjarak dalam lingkungan 2 kilometer.
Tanah yang didiami penduduk di kampung ini juga didakwa berstatus Penempatan Berkelompok (GSA).
Masalah mereka ini turut diadukan kepada Ketua Dewan Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat yang turut turun melihat kepayahan mereka.
Justeru Suhaizan mendesak pihak bertanggungjawab mengambil perhatian dan tindakan bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh penduduk kawasan ini.
Mohd Ja’afar Sari peniaga buah-buahan yang dipetik NusajayaKini berkata, pelbagai kepayahan dihadapinya selama 20 tahun berniaga tanpa bekalan elektik.
Menurut
Ja'afar, beliau terpaksa menanggung kos bahan api sebanyak RM300
sebulan untuk menghidupkan generator berbanding hanya RM100 jika
menggunakan bekalan elektrik TNB.Seorang lagi, Mohd Tan Chan Abdullah pemilik kilang papan terpaksa mengambil tindakan sama, dengan berpindah ke tempat lain.
Menurut Tan, beliau menghadapi masalah yang sama sejak 18 tahun yang lalu apabila terpaksa membelanjakan kos sebanyak RM 7,000 sebulan untuk membeli minyak diesel bagi menghidupkan generator berbanding kos hanya sekitar RM2,000 sekiranya menggunakan bekalan elektirk TNB.
Mereka mendakwa, permohonan kepada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah dilakukan sebanyak dua kali dan makluman juga telah dibuat kepada wakil rakyat berkaitan.
Namun sehingga kini kata mereka, tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak terlibat.
Difahamkan juga, jarak antara kampung berkenaan dengan punca elektrik hanya berjarak dalam lingkungan 2 kilometer.
Tanah yang didiami penduduk di kampung ini juga didakwa berstatus Penempatan Berkelompok (GSA).
Masalah mereka ini turut diadukan kepada Ketua Dewan Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat yang turut turun melihat kepayahan mereka.
Justeru Suhaizan mendesak pihak bertanggungjawab mengambil perhatian dan tindakan bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh penduduk kawasan ini.
No comments:
Post a Comment