Saturday, March 30, 2013

Peguam Palsu, "Advokat Setan" Dihukum

29 Mac 2013 
Foto: Orange
Foto: Orange
LONDONSeorang lelaki asal Itali  bernama Giovanni Di Stefano dihukum kerana dipercayai sebagai penipu. Lelaki yang dikenal sebagai "Advokat Setan" ini menipu setiap kliennya dengan mengaku sebagai peguam handal.
 
Di Stefano mengaku sebagai peguam  yang hebat. Ia pernah mendampingi orang-orang penting, seperti mantan pemimpin Irak, Saddam Hussein, presiden Zimbabwe, Robert mugabe, dan pendiri Al-Qaeda, Osama bin Laden.
 
Namun lelaki berusia 57 tahun ini sering menipu semua kliennya dengan mengharuskan mereka membayarnya dengan sejumlah wang yang sangat besar, padahal dia tidak memiliki kualifikasi undang-undang dan tidak terdaftar sebagai peguam di Itali  atau di Inggeris.
 
Salah seorang peguam, David Aaronberg mengatakan bahawa Di Stefano menikmati ketenaran atas kebohongan yang ia ciptakan.
 
"Dia adalah seorang lelaki yang bersedia untuk memberikan jasa undang-undang kepada klien yang kesnya yang susah untuk menang.

Di Stefano dinyatakan bersalah di Mahkamah Southwark Crown atas 25 pelanggaran penipuan, penipuan, pencucian wang dan pemalsuan yang diduga dilakukan antara tahun 2004 dan 2012, seperti diberitakan Reuters, Khamis (28/3/2013)..

Di Stefano, yang lahir di kota kecil Petrella Tifernina di Itali  ini sebelum pindah ke England, akan dijatuhi hukuman pada hari ini. okezone.com

No comments:

Post a Comment