22 Mac 2013
ALOR SETAR - Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah yakin Datuk Seri Azizan
Abdul Razak akan terus diberi mandat oleh Pusat menerajui parti termasuk
negeri, selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sekiranya Pakatan
Rakyat (PR) Kedah mengekalkan kemenangan.
Ketuanya, Ahmad Yahya berkata, Azizan boleh diibaratkan seperti imam yang berjaya memimpin makmum dan sehingga kini beliau tidak terbatal syarat untuk terus diberi kepercayaan memimpin di Kedah.
“Azizan adalah pesuruhjaya negeri dan sayap parti teguh di belakang beliau untuk bersama berjuang memerangi musuh politik, iaitu Barisan Nasional (BN). Jangan pula ada pihak yang lebih laju daripada imam atau mahu cantas kedudukan beliau,” katanya.
Menurutnya, semua pihak dalam parti itu diminta bersatu hati dan berganding bahu untuk berdepan PRU13 bagi memastikan hasrat menawan Putrajaya tercapai.
“Isu menggantikan Azizan juga tidak pernah dibincangkan di peringkat tertinggi Pas Pusat, jadi tidak timbul isu menukar pesuruhjaya negeri, walaupun ada pihak yang mencadangkan,” katanya.
Ini katanya terbukti apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri baru-baru ini mengesahkan Azizan masih tersenarai sebagai calon PRU13 sekali gus menepis dakwaan bahawa Azizan bakal digugurkan selepas PRU13.
Ketokohan Azizan katanya tidak perlu dipertikai walaupun ada pihak sering mengaitkan masalah kesihatan beliau sebagai alasan untuk berundur.
Ini kerana setelah sekian lama berjuang sebagai Ketua Pembangkang, Azizan satu-satunya wakil rakyat Pas yang berjaya menawan Wisma Darul Aman, sekaligus mencipta sejarah BN Kedah tersungkur dalam tsunami politik 2008.

No comments:
Post a Comment