myMetro 19 Mac 2013
Johor Bahru: Seorang wanita warga Indonesia berusia 56 tahun yang
menyamar sebagai rakyat tempatan dikatakan mampu memperoleh pendapatan
lumayan hasil mengemis hingga mencecah RM700 hanya dalam tempoh empat
jam.
Dengan wang berkenaan, wanita terbabit dikatakan mampu membeli
tiket penerbangan pergi balik ke negara ini hampir setiap bulan
semata-mata untuk mengemis.
Difahamkan, wanita berkenaan menyewa sekitar Kulaijaya dan hanya
bekerja beberapa jam sebelum berehat dan menyambungnya semula pada
keesokan hari.
Bagaimanapun, aktiviti dilakukannya berakhir selepas dia diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru kelmarin ketika mengemis di premis menjual makanan di Stulang Laut.
Bagaimanapun, aktiviti dilakukannya berakhir selepas dia diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru kelmarin ketika mengemis di premis menjual makanan di Stulang Laut.
WANITA Indonesia terbabit ditahan kakitangan JKM, kelmarin.
Operasi diketuai Pegawai JKM Johor Bahru Manayi Ibrahim itu bermula jam 6 petang hingga 10 malam di pasar malam Larkin, Stulang Laut, Jalan Wong Ah Fook dan lokasi berhampiran Stesen Keretapi Johor Bahru.
No comments:
Post a Comment