myMetro 31 Mac 2013
Lahad Datu: “Tiada apa lagi yang saya miliki sekarang melainkan hanya
tangga di rumah ini. Semuanya musnah menjadi arang,” kata suri rumah,
Juhrah Jowak, 48, yang meratap kesedihan apabila rumah papan didudukinya
sejak 10 tahun lalu musnah terbakar akibat insiden pencerobohan
pengganas.
Dia yang dibawa masuk pasukan keselamatan bagi melihat keadaan
rumahnya di Kampung Tanjung Labian, di sini, semalam, hanya mampu
menangis dan berpelukan bersama adiknya, Betty, 39, di atas tangga kayu
rumahnya, satu-satu bahagian rumahnya yang terselamat.
Juhrah dan Betty tidak mampu menahan emosi dan hanya menangis
teresak-esak meratapi igauan ngeri dalam hidup mereka apabila kehilangan
rumah yang menjadi tempat berlindung selama ini.
Menurut Juhrah, dia terkedu sehingga tidak mampu berkata apa-apa apabila melihat hanya tangga yang tinggal selain tiang rumah yang hangus selepas meninggalkan kampung itu, 4 Mac lalu.
Menurut Juhrah, dia terkedu sehingga tidak mampu berkata apa-apa apabila melihat hanya tangga yang tinggal selain tiang rumah yang hangus selepas meninggalkan kampung itu, 4 Mac lalu.
JUHRAH (kanan) bersama Betty menangis di atas tangga rumah mereka, semalam.
“Semuanya jadi arang. Banyak barangan saya musnah... wang tunai, katil, mesin jahit, televisyen, peti ais, sofa, mesin basuh dan dokumen diri... semuanya terbakar,” katanya.
No comments:
Post a Comment