Friday, March 29, 2013

SAMM: 2,000 warga Felda Palong sambut Tian Chua, bukti fitnah jahat ditolak

29 Mac2013

Penganjuran ceramah yang berkisar ‘genre’ isu Lahad Datu tersebut menampilkan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Penyelaras SAMM, Chegubard dan ustaz Noor Azman Mohamad, dihadiri hampir 2000 penduduk Felda. Ini merupakan satu suasana yang sangat ngeri buat Umno dan Barisan Nasional apabila melihat penduduk Felda bangkit untuk sekurang-kurangnya hadir mendengar maklumat.
samm
Walaupun terdapat ura-ura akan berlaku serangan dari pihak NGO pro-Umno berikutan antara penceramahnya ialah Tian Chua, namun di atas persediaan yang sangat rapi oleh SAMM dan warga setempat maka keadaan terkawal sepanjang program. Keselamatan hadirin adalah menjadi keutamaan. Malah aktivis Umno setempat yang turut hadir mendengar ceramah menyatakan kekesalannya di atas sebarang gangguan dan menyifatkan ia sebagai pengacau dari luar.

Rata-rata rakyat yang hadir ingin mendengar sendiri penjelasan Tian Chua berhubung isu Lahad Datu di mana kenyataan beliau telah dimanipulasi media yang berat sebelah. Jelaslah betapa rakyat hari ini semakin celik untuk menilai sesuatu perkara dari pelbagai sumber, bukan dari satu sumber semata-mata. Justeru itu, SAMM terus mengambil tanggungjawab membawa Tian Chua ke negeri Perak pula selepas ini pada tarikh 16 April bertempat Tapak Pekan Rabu, Batu 5 Parit Buntar.

SAMM Kebangsaan juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah buat komrad SAMM yang bekerja keras menjayakan program ini khususnya SAMM zon Palong dan SAMM zon Muadzam Shah. Dengan keberjayaan ini, SAMM meneruskan rekod bersih penganjuran tanpa gangguan.
Sekian,

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Short URL: http://www.keadilandaily

No comments:

Post a Comment