myMetro 17 Mac 2013
Kota Kinabalu: Tidak kira sama ada lawan masih hidup atau sudah mati,
barung atau badung iaitu senjata tradisional masyarakat Suluk dari
kepulauan selatan Filipina yang sentiasa terselit di pinggang perlu
‘makan darah’.
Sehubungan itu, tidak hairan kumpulan pengganas yang menceroboh Lahad
Datu dan Semporna di Sabah tergamak menetak dan mencencang tubuh, malah
memenggal kepala anggota keselamatan yang mati disebabkan terkena
tembakan, semata-mata kerana mahu ‘menjamu’ barung mereka dengan darah.
Tindakan tidak berperikemanusiaan pengganas terbabit yang disifatkan lebih kejam daripada komunis, didakwa dilakukan kerana terlalu taksub dengan kepercayaan kuno masyarakat itu kononnya barung berkenaan mempunyai kuasa mistik.
Timbalan Presiden Persatuan Kebudayaan Suluk Bajau Tawau Abdul Ali
Erilis berkata, mengikut sejarah nenek moyang yang diceritakan bapa
saudaranya yang berasal dari kepulauan Sulu, pahlawan Suluk akan tetap
‘membunuh’ mangsa menggunakan barung walaupun musuh tidak bernyawa lagi.
“Perbuatan kejam, termasuk menyeksa sebelum membunuh lawan, dilakukan kerana mewarisi sejarah perjuangan nenek moyang kononnya ia lambang ‘pahlawan Suluk’ sejati.
“Tindakan memenggal kepala musuh yang tidak bernyawa dilakukan sebagai bukti mereka pejuang kuat dan ganas di mata dunia,” katanya.
Beliau berkata, masyarakat Suluk di Filipina masih mempercayai
kononnya barung mempunyai kuasa mistik tersendiri. Sehubungan itu,
sebelum diasah, senjata itu akan ditangas terlebih dulu supaya
‘kekuasaan dan ketajamannya’ cukup untuk membunuh mangsa.
“Jika mangsa dibunuh menggunakan barung, mereka akan diangkat sebagai pahlawan oleh masyarakat Suluk pada zaman dulu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Katanya, dalam peperangan dulu kala, tidak sah kematian musuh jika barung tidak menjamah darah mangsa.
“Mungkin penceroboh terbabit masih memegang prinsip perjuangan dulu kala sehingga sanggup berlaku kejam terhadap mayat pasukan keselamatan kita yang terkorban.
“Prinsip mereka, tidak sah jika barung tidak melekat pada badan musuh dan mungkin sebab itu mereka bertindak kejam walaupun mangsa tidak bernyawa lagi,” katanya.
Menurut Ali, berbanding zaman dulu dengan situasi sekarang, jelas pengganas terbabit sengaja mahu menunjukkan kekuatan selain menakutkan pasukan keselamatan.
“Pengganas terbabit mungkin sengaja melakukan kekejaman terhadap anggota keselamatan kita sebagai satu peringatan kononnya mereka sangat kuat.
“Namun, saya tidak tahu mengenai kekebalan mereka. Walaupun mendakwa mempunyai kuasa mistik, ramai juga terbunuh kerana terkena peluru pasukan keselamatan,” katanya.
Berbeza pula dengan pendapat disuarakan Setiausaha Persatuan Rumpun Etnik Suluk Sabah (PRESS), Mohd Zaki Herry Susanto yang mendakwa kumpulan pengganas yang menceroboh Lahad Datu berkemungkinan dipengaruhi dadah jenis syabu.
“Saya pernah dimaklumkan bahawa pengganas terbabit menggunakan syabu supaya sentiasa bertenaga dan mampu bertahan ketika berperang meskipun berhari-hari tidak menjamah makanan.
“Selain itu, pengaruh penggunaan dadah menjadikan pengganas hilang pertimbangan, termasuk bertindak kejam terhadap mayat lawan,” katanya.
Katanya, kebanyakan pengganas menyasarkan kepala kerana menyedari satu das tembakan saja mampu menumbangkan lawan.
“Pengganas lebih gemar menembak kepala kerana mengetahui pasukan keselamatan memakai baju kalis peluru. Bagi saya, ia tiada kaitan dengan ilmu mistik seperti memiliki ilmu kebal atau ghaib,” katanya.
Jasa Pembuatan Banner murah Terpercaya di SHARE4RT
ReplyDeleteJasa Pembuatan Banner murah Terpercaya di SHARE4RT
Banner Murah
Banner Keren
Banner Bisnis
Pesan Banner disini
Beli Followers Twitter Murah & Terpercaya Hanya di JuraganFollowers.com
Beli Followers Twitter Murah & Terpercaya Hanya di JuraganFollowers.com
Twitter Followers
Cara memperbanyak Followers Twitter
Beli Like Fanspage Facebook
JuraganFollowers.com
Kumpulan Artikel Menarik 2013 - Farid's Blog
Kumpulan Artikel Menarik 2013 - Farid's Blog
Farid's Blog
Artikel Menarik 2013
Info Menarik 2013
Mau Bikin Website + Hosting Murah AbizZ? Ke Rajawebhost.com aja!
Rajawebhost.com
Hosting Murah
Domain Murah
Agung XD dan Jakarta-Cyber4art Blog Berisi Informasi Komputer, Software Dan Info Menarik
Info Komputer
Download Software
InfoDariBlogspot
Jasa Pembuatan Banner murah Terpercaya di SHARE4RT
ReplyDelete