Harakahdaily, | 19 Mac 2013 |
KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat ingin
menegaskan bahawa para perajurit kita adalah wira negara yang
mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara.
“Mereka adalah syahid di atas dunia lagi, dan diberikan penghormatan
seperti syahid. Najib hanya memanggil mereka sebagai syahid akhirat
sahaja!” tegas Ketuanya, Datuk Harun Taib dalam satu kenyataan ringkas.
Menurut beliau, Najib yang juga merupakan Perdana Menteri dan
Presiden Umno telah merendahkan martabat para perajurit dengan
menyamakan pengorbanan mereka dengan kematian seorang yang lemas, orang
yang mati kebakaran, wanita yang mati melahirkan anak dan seumpamanya
seperti yang dijelaskan oleh para ulama.
Berita berkaitan perkara itu oleh Najib dan Ustaz Harun sebelum ini.
No comments:
Post a Comment