myMetro
Dalam kejadian jam 4.15 pagi itu, bapa empat anak itu memotong
kemaluan bapanya berusia 67 tahun sebelum memotong kemaluan sendiri
bertujuan mengeluarkan ‘semangat Imam Nawawi’ selepas dipercayai
terpengaruh dengan ajaran sesat.
Lelaki itu yang ditemui di wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam berkata, dia hanya tersedar selepas parah pada kemaluan dan celah kangkang ketika berada di hospital.
“Ketika itu, saya tergamam apabila diberitahu yang saya memukul
ayah dan memotong alat sulit kami kerana kejadian itu bukan dalam
kawalan dan tidak tahu bagaimana ia terjadi.
“Saya tidak dapat menahan sedih dan perasaan bersalah apabila ayah kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya yang masih diikat kedua-dua tangan dengan tali di katil wad.
Adik lelaki itu yang enggan dikenali berkata, alat sulit bapa dan abangnya sudah disambung semula menerusi pembedahan kelmarin, namun bapanya masih ditempatkan di ICU berikutan parah.
Harian Metro semalam melaporkan seorang penyelia kilang di Balakong,
Selangor, bertindak luar kawalan apabila memotong kemaluan bapanya
selepas taksub dengan ajaran sesat yang dipelajari melalui laman web.
No comments:
Post a Comment