Malaysiakini 17 April 2013
Tidak
menunggu lama, tiga veteran BN terus mengisytiharkan perang terhadap BN
apabila nama mereka tidak termasuk dalam senarai calon pilihan raya umum
ke-13 yang diumumkan semalam.
Mereka
adalah Penyelaras Gerakan Batu Uban A Mohan, bekas anggota Parlimen
Tasik Gelugor Shariff Omar dan penyandang kerusi Sungai Dua Jasmin
Mohammed.
NONEMohan
dan Shariff malah memutuskan untuk tetap bertanding, masing-masing di
Parlimen Batu Kawan dan Tasik Gelugor, yang akan menyebabkan berlakunya
pertembungan tiga penjuru.
Mohan juga berkata beliau bercadang untuk bertanding bawah tiket Parti Kesejahteraan Insan (KITA).
Manakala Shariff (kanan) pula mahu menjadi "wakil bebas mesra Pakatan", tetapi tidak menyebut parti mana akan dipilihnya.
Kesemua mereka akan memaklumkan keputusan muktamad mereka pada Sabtu ini.
Ekoran
itu, dengan penamaan calon tidak berapa hari, BN Pulau Pinang kini
dikatakan dalam keadaan panik terhadap kemungkinan munculnya kepuakan
dalam parti dan sabotaj dalaman di kerusi-kerusi Umno dan Gerakan.
Ia juga
sekali gus tidak memberikan petanda yang baik kepada BN yang berharap
bergantung kepada Melayu di kampung-kampung dan kawasan campuran - di
mana Umno dan Gerakan bertanding.
No comments:
Post a Comment