KUCHING:
Pengerusi KEADILAN Sarawak, Baru Bian akan dilantik sebagai Ketua
Menteri Sarawak jika Pakatan Rakyat menumbangkan BN pada pilihanr raya
negeri ke-10, 16 April ini.
Persetujuan itu diputuskan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dan
diumumkan di Kuching ketika pelancaran manifesto mereka yang ‘Ketuanan
Rakyat’.
Hadir ketika pengumuman itu adalah Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr
Wan Azizah Ismail, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dan ahli
jawatankuasa pusat PAS, Datuk Seri Nizar Jamaluddin serta calon Pakatan
yang bertanding pada pilihan raya ini.
Ketua DAP Sarawak, Chong Chieng Jen berkata perlantikan Baru itu diputuskan pada mesyuarat majlis Pakatan Sarawak.
“Pendirian kita adalah jelas. Kita mahu Baru jadi KM (jika beliau menang),” kata Chong.
Mengikut MalaysiaKini, Dr Wan Azizah berkata nama Baru dicadangkan kerana beliau adalah pemimpin negeri.
Baru adalah pemimpin veteran dan pembabitannya dalam politik bermula
dengan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), Kongres Dayak Malaysia dan juga
pernah bertanding di bawah tiket Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) pada
2006.
Beliau terkenal dengan kelantangannya memperjuangkan tanah hak adat
pribumi (NCR) dan pada pilihan raya ini bertading di DUN Ba’Kelalan di
bahagian timur Sarawak. Baru dijangka memenangi kerusinya itu.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?
Ni berita Pilihan Raya DUN yang dahpun selesai bukan PRU 13.....
ReplyDelete