myMetro 15 April 2013
Perbuatan wanita berusia 78 tahun itu, Clare Burke bagaimanapun
terbongkar apabila lelaki terbabit memasang kamera litar tertutup di
sebalik pokok berhampiran kubur isterinya.
Ron Wilks, 77, melihat Clare mencampakkan bunga layu dan batu kerikil
pada kubur mendiang isterinya, Jill Wilks dan cucunya, Haryley Reynold
selepas memasang kamera itu.
Majistret di Cheltenham, semalam diberitahu Clare bertindak mencemar kubur itu kerana berdendam terhadap Wilks.
Majistret di Cheltenham, semalam diberitahu Clare bertindak mencemar kubur itu kerana berdendam terhadap Wilks.
WILKS (kiri) dan anaknya di kubur isterinya yang diganggu Clare.
Dia mendakwa Wilks bertunang dengan seorang wanita yang pernah berpacaran dengan bekas temannya.
Pendakwa raya Sharon Jomaa berkata, video itu merakam perbuatan Clare mencampakkan beg penuh dengan bunga layu dan batu kerikil di atas kubur isteri Wilks.
Dia juga mencabut bunga segar dan menanam pokok yang sudah mati pada pasu di kubur di Coney Hill itu.
Wilks memberitahu mahkamah, dia mengenali Clare ketika bekerja dengan sebuah syarikat kewangan dan Clare pelanggan syarikat itu.
Kerana kesalahannya itu, Clare dikenakan hukuman tertunda selama 12 bulan dan dilarang melawat tanah perkuburan itu.
Wanita itu juga diarah membayar kos ganti rugi berjumlah £100 (RM480).
Ini bukan kali pertama Clare berdepan dengan kes mahkamah. Dia pernah dituduh mengganggu bekas teman lelakinya dengan menghantar poskad mengecop lelaki itu sebagai penagih Viagra dan penipu. - Daily Mail
No comments:
Post a Comment