Tuesday, April 30, 2013

Bekas Menteri Kewangan disoalsiasat di Washington

Jakarta: Pegawai penyiasat Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) kini berada di Amerika Syarikat untuk menyoal siasat beberapa saksi berhubung skandal Bank Century.
Mereka yang akan disoal siasat termasuk bekas Menteri Kewangan, Sri Mulyani Indrawati yang kini menjadi Ketua Pengarah Bank Dunia “Sebenarnya sudah ada jadual untuk menyiasat Sri Mulyani dan kalau tidak silap pada 30 April (hari ini),” kata jurucakap KPK, Johan Budi pada sidang akhbar di Jakarta, semalam.

Johan memberitahu siasatan soal siasat itu dilakukan di Kedutaan Indonesia di Washington.
Pasukan penyiasat KPK terdiri daripada tiga pegawai dan ketuanya yang terbang ke AS pada 22 April lalu. Ketika diajukan soalan siapa yang sudah disiasat pasukan itu, Johan berkata, dia belum dapat mengesahkannya.

“Saya belum menerima jawapan daripada pasukan penyiasat,” katanya ketika ditemui, semalam. - Republika
hMetro

No comments:

Post a Comment