myMetro 22 April 2013
Georgetown: Mungkin tidak ramai lelaki mahu memikul tugas yang selama
ini dilakukan isteri, namun semua itu bukan masalah buat seorang
nelayan, Nazli Mohamed, 53, yang kini bukan saja terpaksa menjadi ‘ibu’
kepada tiga anaknya, malah turut menjaga isterinya yang menderita
penyakit misteri menyebabkan kulitnya berkuping.
Nazli terpaksa memberi perhatian penuh kepada isterinya yang hanya terlantar selepas tidak dapat bergerak sejak setahun lalu.
Menurutnya, dia tidak kisah menjaga isterinya, Siti Rohana Mohamad
Tambi, 40, asalkan isterinya itu sembuh segera dan sihat seperti dulu.
“Tiada istilah penat buat diri saya walaupun terpaksa menjaga isteri kerana apa yang saya mahu semoga dia cepat sembuh kerana penyakitnya ini masih lagi tidak dapat dikesan puncanya.
“Tiada istilah penat buat diri saya walaupun terpaksa menjaga isteri kerana apa yang saya mahu semoga dia cepat sembuh kerana penyakitnya ini masih lagi tidak dapat dikesan puncanya.
HILMI meluangkan masa melawat Siti Rohana yang menderita penyakit kulit, semalam.
“Doktor yang memeriksa isteri juga tidak dapat memberitahu apa sebenarnya penyakit dialaminya dan saya akan menunggu doktor pakar yang dijangka melakukan pemeriksaan terhadap isteri esok (hari ini),” katanya ditemui di Hospital Balik Pulau (HBP), di sini, semalam.
No comments:
Post a Comment