KUALA
LUMPUR, 9 April — Penganalisis politik berkata imej Barisan Nasional
(BN) akan tercalar jika mereka mengambil Datuk Ibrahim Ali sebagai calon
pada Pilihan Raya 2013, serta menggesa Datuk Seri Najib Razak untuk
mengabaikan cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar).
Prof
Dr Jayum A. Jawan dari Universiti Putra Malaysia (UPM), berkata Dr
Mahathir sewajarnya kekal sebagai negarawan bukannya mencampuri hal
ehwal politik BN, lalu berkata: “Kaedah terbaik adalah Najib mengabaikan
kenyataannya itu.”
Beliau berkata mungkin timbul “kesan yang sangat negatif” dan
“perbalahan daripada pengundi jika Najib dan BN menuruti nasihat Dr
Mahathir untuk meletak pemimpin kontroversi Melayu berhaluan kanan
tersebut.
Beliau menegaskan corak politik Ibrahim tidak serasi dengan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Walaubagaimanapun, Jayum tidak bersetuju dengan kenyataan Dr Mahathir
akan menyebabkan sokongan kepada pengundi jatuh kepada BN kerana bekas
perdana menteri itu bukan lagi pemimpin gabungan tersebut serta Ibrahim
bukan ahli BN ataupun Umno.
“Jadi bagi saya, tidak adil untuk mengaitkannya dengan Najib dan BN,”
kata beliau yang menegaskan ia mungkin situasi yang berbeza sekiranya
Najib sendiri yang membuat cadangan dan menyokong Ibrahim.TMI
No comments:
Post a Comment