Harakahdaily
Johari Jaafar, | 28 Apr 2013 |
KUALA KANGSAR:
Kerja kuat daripada seluruh petugas parti dan ahli PAS di seluruh
kawasan serta pertolongan daripada Allah, pada 5 Mei nanti PAS mampu
melakar sejarah untuk menawan kerusi Parlimen Kuala Kangsar
Demikian dinyatakan oleh calon PAS bagi Parlimen P.067 Kuala Kangsar, Drs Khalil Idham Lim yang ditemui di sini semalam.
Pada pilihan raya umum kali ini, Khalil Idham Lim ditentang oleh
calon BN, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Datuk Kamilia
Ibrahim (Bebas)
Menurut beliau walaupun berlaku perpecahan dalam Umno Kuala Kangsar
berikutan Datuk Kamalia bertanding atas tiket Bebas, PAS perlu kepada
kekuatan tersendiri untuk menang, bukannya kemenangan itu atas dasar
lemahnya BN.
"Sedikit sebanyak penyertaaan Datuk Kamalia ada memberi sedikit kesan
kepada BN, kerana itulah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
datang berkempen di sini, sebelum itu Ketua Pergerakan Wanita Umno,
Datuk Shahrizad Abdul Jalil datang, ini menunjukkan BN cukup bimbang dan
cemas di kawasan ini," ujar beliau.
Pada pilihanraya umum kali ini beliau mengutarakjan lima tawaran
kepada para pengundi di Parlimen Kuala Kangsar, pertamanya berhubung
pembinaan Jambatan Manong ke Seberang Manong yang sehingga kini sudah
tiga kali diadakan majlis pecah tanah, jambatan tidak juga siap.
"Saya berjanji dalam masa setahun, saya akan tahu jawapannya bagi meneruskan pembinaan jambatan tersebut," katanya.
Kedua, ujarnya berhubung pengangkutan awam yang digunakan untuk orang
ramai dari Kuala Kangsar ke Simpang Tiga yang sekarang ini begitu daif
dan uzur akan digantikan dengan yang lebih baik sekiranya Pakatan Rakyat
kembali berkuasa di Perak.
"Kita akan usahakan bas yang lebih baru dan selesa kepada rakyat bagi laluan Kuala Kangsar ke Simpang Tiga Beruas," ujar beliau.
Menurutnya dengan bantuan dari kementerian dan agensi yang berkaitan
beliau akan usahakan bas yang lebih selesa kepada masyarakat di kalangan
pelajar, ibu tunggal dan berbagai lapisan masyarakat yang menggunakan
bas itu.
Sebelum ini beliau pernah mendedahkan bagaimana daifnya bas yang
digunakan di kawasan itu dan beliau sendiri telah menaiki bas syarikat
tersebut yang disifatkan terlalu uzur dan merbahayakan penumpang
terutama pelajar sekolah.
"Bas tersebut sudah berusia 50 tahun dan selayaknya sudah berada di muzium," katanya.
Beliau turut menyentuh penempatan di dua kampung iaitu Kampung Baru
Jerlun dan Kampung Tersusun Senggang yang sehingga kini penghuninya
tidak mendapat hak milik kekal.
Dalam manifesto Pakatan Rakyat telah dinyatakan untuk memberikan
geran tanah kekal untuk Kampung Tersusun dan Kampung Baru, Kerajaan
Pakatan Rakyat akan menunaikan janjinya, kata beliau.
Menurut beliau Kampung Baru Jerlun didiami kaum Cina, manakala di Kampung Tersusun Senggang dihuni oleh orang Melayu.
"Terdapat 112 lot tanah yang didiami oleh orang Melayu di Kampung
Tersusun Senggang yang hingga kini tidak apa apa status tanah, bila
berlaku kematian, menjadi masalah kepada pewaris kerana tanah itu tidak
ada apa apa status tanah.
“Begitu juga terdapatnya penempatan kecil orang Melayu, Cina dan
India yang tinggal di rezab sungai dan jalanraya, kita akan
menyelesaikan massalah ini nanti bila Pakatan Rakyat berjaya
mengambilalih negeri ini," katanya lagi.
Tawaran keempat yang ditengahkan kepada pengundi di sini, mahu
menyelesaiakan masalah perparitan yang serius di Kampung Bendang Kering.
Pada tahun 2007 lalu, jelasnya kerajaan telah membina longkang bagi
menyelesaikan masalah perparitan di kampung tersebut, tetapi longkang
tersebut tidak cukup besar dan panjang, sekarang ini longkang tersebut
ada yang sudah pecah dan runtuh.
"Sistem perparitan di sini akan kita perbetulkaan balik bila Pakatan Rakyat berkuasa nanti," ujar beliau.
Tawaran terakhir berhubung industri Labu Sayung yang ada sekarang
akan ditingkatkan lagi menjadi lebih baik sejajar dengan perkembangan
semasa demi mempertingkatkan industri tersebut, katanya.
Pada Pilihan raya Umum ke-12 lalu calon BN, Datuk Seri Rafidah Aziz
berjaya mengalahkan calon PAS, Dr Khairudin Datuk Abdul Malik dengan
majoriti 1,458 undi.
Khalil Idham Lim mampu menarik para pengundi Cina di kawasan itu
memandangkan beliau keturunan Cina dan boleh berinteraksi dengan mereka,
ini satu kelebihan kepada beliau.
Jumlah pengundi di kawasan Parlimen Kuala Kangsar ialah 33,607 orang
yang pengundi Melayu berjumlah 67.96 peratus, Cina (23.94%), India
(6.96%) dan lain-lain (1.14%).
No comments:
Post a Comment