11 April 2013
Kuala Lumpur: “Kami sekeluarga trauma dengan kejadian itu dan
terkejut apabila lelaki berkenaan memberitahu terpaksa memecahkan rumah
ini selepas ternampak sepasang orang bunian.
“Saya tidak tahu dakwaannya benar ataupun tidak dan berserah
sepenuhnya kepada Allah,” kata penyanyi, Asmawi Ani, 32, atau Mawi
menceritakan semula kejadian pelik di rumahnya, dekat Bangi Golf Resort,
jam 2.30 petang kelmarin apabila seorang buruh Indonesia secara
tiba-tiba dirasuk dan mengamuk di rumahnya.
Menurut Mawi, ketika itu dia tiada di rumah kerana ke Sarawak
manakala isterinya, Nora Asyikin Rahmat (Ekin), 34 ke ibu kota atas
urusan kerja.
Bagaimanapun, selepas kepulangannya, dia diceritakan semula kejadian itu semalam oleh nenek, ibu mentua dan adik iparnya yang melalui detik-detik cemas bersama anaknya, Cahaya Malaika berusia setahun.
TINGKAP dapur rumah pecah dibaling batu.
Katanya, sebelum kejadian, buruh berusia 40-an itu sedang bekerja di tapak pembinaan berhampiran dan berhenti seketika menjamah makanan.myMetro
No comments:
Post a Comment