sinarharian
1 April 2013
1 April 2013
LAHAD DATU - Tujuh warga selatan Filipina hari ini didakwa di Mahkamah
Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu di
sini atas pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong
dan menjadi ahli kumpulan pengganas.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tujuh lelaki berumur lingkungan 20-an hingga 63 tahun itu ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Lahad Datu, Rajalingam a/l S.S.Maniam yang bersidang sebagai Majistret.
Pertuduhan asal dalam bahasa Melayu diterjemah ke dalam dua bahasa iaitu Bajau dan Suluk.

Lima tertuduh didakwa terhadap dua pertuduhan iaitu melancarkan perang
ke atas Yang di-Pertuan Agong mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan yang
membawa hukuman mati dan menjadi ahli kumpulan pengganas di bawah
Seksyen 130KA kanun sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan
boleh didenda jika sabit kesalahan.
Seorang lagi tertuduh menghadapi empat pertuduhan mengikut Seksyen 121, 130KA dan Seksyen 130E iaitu merekrut orang sebagai ahli kumpulan pengganas atau untuk menyertai perbuatan pengganas yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh didenda dan Seksyen 130K iaitu melindungi orang yang melakukan perbuatan pengganas yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan boleh didenda atau penjara maksimum 20 tahun dan boleh denda jika sabit kesalahan.
Seorang lagi tertuduh pula menghadapi satu pertuduhan mengikut Seksyen 130KA.
Pendakwaan diketuai Ketua Unit Pendakwaan Sabah Jamil Aripin dan Timbalan Pendakwa Raya Lahad Datu Shukor Abu Bakar. mahkamah juga membenarkan permohonan pihak pendakwaan mengikut Seksyen 177A (2) Kanun Acara Jenayah bagi memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Tawau.

Bagaimanapun tiada tarikh ditetapkan untuk sebutan kes itu di Mahkamah Tinggi.
Sementara itu seorang anggota polis berpangkat Koperal juga didakwa di
tempat sama Jumaat lepas mengikut Seksyen 130M iaitu dengan sengaja
meninggalkan daripada memberi maklumat mengenai tindakan pengganas, yang
membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau
kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Ini menjadikan sehingga hari ini 16 orang didakwa di mahkamah. Pada 20 Mac lepas, lapan warga Filipina didakwa di tempat sama mengikut Seksyen 121 dan Seksyen 130KA dan sehari selepas itu kes berkenaan disebut di Mahkamah Tinggi Tawau.
Kes itu akan disebut semula di Mahkamah Tinggi 12 April ini bagi mengetahui perkembangan perbincangan Peguam Negara dengan Persatuan Undang-Undang Sabah, Majlis Peguam dan kerajaan Filipina berhubung khidmat guaman yang akan diberikan kepada tertuduh. - Bernama

No comments:
Post a Comment