Harakahdaily, | 01 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR: DAP tetap melantik orang Melayu
menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan jika Pakatan Rakyat (PR) diberi
mandat memerintah negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.
Demikian ditegaskan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook dalam wawancara eksklusif dengan Roketkini.com baru-baru ini.
Kenyataan itu sekaligus menafikan pelbagai tuduhan jahat dan fitnah
yang mendakwa orang bukan Melayu akan dilantik menjadi Menteri Besar
jika PR memenangi majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri itu.
Menurut Loke, fitnah sedemikian merupakan ‘modal politik lama’ yang
sama ketika oposisi berjaya menawan Dun Perak pada PRU 2008 lalu.
“Fitnah begini sengaja digembar-gemburkan ejen propaganda upahan Umno
Barisan Nasional (BN) untuk menakut-nakutkan orang Melayu yang semakin
mesra dan menyokong PR.
“Isu itu tidak sepatutnya timbul. Sudah jelas pendirian DAP. Apa yang
berlaku di Negeri Sembilan sekarang, hubungan kerjasama PR negeri ini
sangat baik.
“Kita bertemu pelbagai lapisan masyarakat melalui program seperti
ceramah dan aktiviti lain. Ini yang menimbulkan ketakutan mereka (Umno
BN),” katanya.
Ditanya mengenai situasi kempen PR Negeri Sembilan, Loke yang juga
Ahli Parlimen Rasah berkata, akar umbi ketiga-tiga parti mempunyai
persefahaman yang kuat dan sentiasa bersama dalam kempen turun padang
yang dijalankan.
“Semua parti dalam PR perlu menumpukan agar kempen dijalankan
bersama. Ini untuk memastikan penyokong akar umbi akan memberi undi
kepada satu sama lain misalnya pengundi Cina akan memilih PAS dan PKR
manakala pengundi Melayu akan memilih DAP,” ujar beliau.
Tambahnya, PR juga bersedia mengambilalih pentadbiran Kerajaan Negeri
Sembilan daripada BN jika memenangi majoriti kerusi Dun dan akan
memastikan pelantikan Menteri Besar akan diselesaikan pada malam
keputusan diumumkan.
“Kita sudah bersiap sedia untuk mentadbir bermula pada hari pertama lagi,” katanya.
PAS PRU12 lalu, DAP memenangi 10 daripada 36 kerusi Dun Negeri Sembilan, PKR (empat) dan PAS (satu).
No comments:
Post a Comment