Monday, April 29, 2013

Di Perak, Pakatan melihat kemenangan dengan peningkatan sokongan Cina pedalaman

April 29, 2013
Pada Jumaat, sesi 'teh tarik' secara mengejut bersama Lim Guan Eng menarik ramai orang di Kinta Riverfront Hotel & Suites di Ipoh. – Gambar oleh Choo Choy May
IPOH, 29 April — Pakatan Rakyat (PR) yakin mengambil alih Perak pada 5 Mei ini dengan peningkatan sokongan di kawasan majoriti Melayu pedalaman melalui sokongan pengundi Cina, yang kini sudah tidak keberatan untuk mengundi bukan Cina bagi mewakili mereka.

Cina merupakan minoriti di kebanyakkan kerusi pendalaman ini dimana parti PR, terutamanya parti Islam PAS, kalah dengan margin kecil dalam Pilihan Raya 2008.
Akan tetapi Setiausaha DAP Perak Ngar Kor Ming mengatakan dengan PAS, DAP dan PKR kini berkempen sebagai satu di bawah payung PR, komuniti Cina luar bandar sudah semakin selesa untuk mengundi calon Islam dari PAS atau PKR.

“Dalam tinjauan bebas terbaru kami, kami agak optimistik. Kami mempunyai kerusi yang kuat sekarang… diantara 35 dan 38. Paling baik ialah 40,” katanya kepada The Malaysian Insider apabila ditemui semasa berkempen di Trong, berdekatan Taiping pada Jumaat.

Terdapat 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak. Dalam Pilihan Raya 2008, DAP, PKR dan PAS secara kolektifnya memenangi 31 kerusi berbanding Barisan Nasional (BN) 28.
“Di kerusi marginal seperti ini, undi bukan Melayu adalah penting,” kata Nga, merujuk kepada Trong, kerusi DUN dimana PAS tewas kepada Umno dengan 916 undi dalam Pilihan Raya 2008.

Nga menambah, seperti dimana-mana di Perak, kekalahan di Trong sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan sokongan Cina kepada calon PAS Norazli Musa, kerana takut dengan pendirian parti Islam itu.
Termasuk Trong, PAS juga kalah di 15 kerusi DUN dalam pilihan raya 2008, 10 kerusi dengan majoriti kecil di bawah 1,000 undi dan lima kerusi di bawah 500 undi.

Dengan situasi sebegini, Nga mengatakan sokongan Cina dari kawasan pedalaman Perak boleh meningkatkan sokongan dari komuniti itu sebanyak 10 peratus dan peralihan selebihnya memihak kepada PR 5 Mei ini.
“Di Perak, kita mendapat lebih kurang 70 peratus undi Cina sebelum ini. Jika kita boleh meningkatkan kepada 80 peratus, kita bukan sahaja boleh menubuhkan kerajaan akan tetapi boleh menubuhkan yang stabil untuk mengelakkan lompat parti,” katanya.
Kerajaan PR Perak jatuh pada 2009 selepas memerintah selama 11 bulan oleh kerana tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) melompat parti.

Semasa pilihan raya 2008, tiga parti tersebut menang di Perak sebahagian besarnya disebabkan oleh sokongan besar Cina, terutamanya di kerusi kawasan bandar di Lembah Kinta.
DAP telah memenangi kesemua 18 kerusi majoriti Cina yang mereka tandingi dan kalah di satu kerusi Parlimen mereka tandingi - Kampar.

Akan tetapi kali ini, bintang paling besar DAP Lim Kit Siang telah meninggalkan kerusinya di Ipoh Timur untuk bertanding di Gelang Patah sebagai strategi parti itu untuk meningkatkan kempen mereka di negeri selatan tanahair.

Terdapat ketakutan kemungkinan tindakan Kit Siang meninggalkan Ipoh Timur akan menyebabkan kemarahan penyokong yang mengundinya pada dua pilihan raya lalu akan tetapi menurut pemimpin DAP tempatan, ini tidak menjadi masalah setakat ini.
Disebalik ketiadaan Kit Siang, kata mereka, kehadiran pemimpin veteran DAP itu masih dirasai disepanjang Lembah Kinta dan sokongan Cina kepada PR berterusan kuat.

“Mereka memahami sebab mengapa beliau ke Johor. Dan sebenarnya, mereka lebih bimbang daripada bersedih.. sesetengahnya berjumpa saya untuk menyatakan kebimbangan Kit Siang mungkin kalah di Gelang Patah,” kata Thomas Su yang menggantikan Lim untuk kerusi Ipoh Timur.
“Kematangan politik mereka sangat tinggi. Sambutan sangat menggalakkan walaupun kami sudah tidak lagi punyai personaliti besar bertanding di sini.”

Penyandang kerusi Pasir Panji itu menambah di kebanyakkan tempat, bukan sahaja bersalaman dan sorakkan yang diterima oleh calon DAP dalam walkabout mereka, akan tetapi tepukan gemuruh.
“Respon yang menarik. Ceramah kami agak hebat juga,” kata Su kepada The Malaysian Insider.
Pada Jumaat, sesi “teh tarik” secara mengejut bersama Lim Guan Eng, anak kepada Kit Siang menarik ramai orang di Kinta Riverfront Hotel & Suites di sini.

Acara tersebut yang sebenarnya bermaksud sebagai sesi minum teh bertukar menjadi ceramah waktu petang dengan ucapan dari pemimpin DAP Perak termasuk Su, penyandang kerusi Parlimen Ipoh Barat M. Kula segaran dan bekas Speaker Perak V Sivakumar, selain daripada Guan Eng sendiri.
Bilik itu penuh dengan penonton bersemangat, majoriti daripada mereka adalah Cina, manakala yang tiba terlambat beberapa minit terpaksa bersesak sehingga pintu masuk.

Penganjur hanya menjangkakan paling maksimum 400 orang akan tetapi sekurang-kurangnya 600 cuba masuk ke bilik Pusing di hotel, yang hanya mempunyai kapasiti tempat duduk sebanyak 400.
Seorang penyelaras acara hotel memberitahu The Malaysian Insider dia tidak pernah melihat seperti rusuhan dalam apa-apa acara di hotel ini sebelum ini.

“Mereka berulang kali memberitahu kami, hanya 400 orang. Tetapi lihatlah sekarang,” katanya.
Selepas kekecohan, kerusi dalam bilik Pusing itu terpaksa dikeluarkan untuk memberikan peluang lebih ramai untuk masuk.

Walaupun di luar pintu masuk, sesetengah cuba untuk mengambil gambar pemimpin apabila mereka mengambil alih mikrofon. Sesetengah mengadu kerana terlepas ucapan.
Di dalam lif hotel untuk ke lobi, hadirin yang tidak kenal antara satu sama lain bertukar maklumat mengenai ceramah seterusnya, terdapat juga menasihati sesama sendiri mengenai waktu terbaik untuk sampai bagi mengelakkan kesesakan.

Apabila ditemui di luar bilik program penyandang kerusi Canning Wong Kah Who memberitahu The Malaysian Insider acara tersebut merupakan bukti sokongan kuat masyarakat Cina terhadap PR di Ipoh.
“Kami juga tidak menjangkakan hadirin sebagini. Ia sangat menggalakkan,” katanya.
Seperti Su, Wong mengatakan kekurangan nama besar di PR untuk perlawanan di Perak tidak mengurangkan sokongan kepada pembangkang, terutamanya dari pengundi Cina.
“Tidak, penyokong kami tidak meninggalkan kami. Mereka telah sangat, sangat responsif setakat ini,” katanya.
 The Malaysian Insider
 OLEH CLARA CHOOI
PENOLONG PENGARANG BERITA

1 comment:

  1. Cina je la....orang Melayu dah tak nak undi PR....pergi jahanam semua mereka ni.....Orang Melayu tolak PR....

    ReplyDelete