Friday, April 19, 2013

Global Witness terima cabaran Taib untuk debat terbuka

Oleh Jahabar Sadiq
Pengarang
April 19, 2013
Taib Mahmud: Menghadapi empat syarat- syarat Global Witness. — Gambar failKUALA LUMPUR, 19 April — Global Witness menerima cabaran Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk debat secara terbuka dalam isu tuduhan rasuah, rampasan tanah dan penipuan cukai oleh kumpulan aktivis tersebut yang ditunjukkan dalam video “Inside Malaysia’s Shadow State” dikeluarkan bulan lepas. 
Dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini, Global Witness mengatakan mereka menerima jemputan daripada ketua menteri Sarawak yang dibuat melalui televisyen atas talian The Malaysian Observer awal bulan ini.

“Dalam wawancara bersama program “Let’s Talk” di The Malaysian Observer, kamu mencabar Global Witness untuk berdebat mengenai pertuduhan rasuah, rampasan tanah dan penipuan cukai dalam filem “Inside Malaysia’s Shadow State”.
“Kami menulis untuk menerima jemputan kamu,” kata Global Witness dalam satu surat yang turut dihantar kepada The Malaysian Insider menjelang hari penamaan calon untuk pilihan raya 5 Mei ini.
Kumpulan tersebut turut mengirimkan dokumen sebagai respon kepada komen yang dibuat Taib mengenai penyelidikan mereka tentang kesalahan dalam perdagangan kayu Sarawak.

  selengkapnya


No comments:

Post a Comment