Thursday, April 18, 2013

Husam bergantung kepada ketakwaan dan golongan yang bercita-cita memiliki rumah

  Oleh Zurairi AR
April 18, 2013
Husam Musa pada ceramah: “Kita berikan pengisian baru … Sinar ketakwaan kepada Putrajaya.” — Gambar oleh Saw Siow FengPUTRAJAYA, 18 April — Datuk Husam Musa memberitahu orang ramai di padang bolasepak malam tadi kemenangan Pakatan Rakyat (PR) memberikan peluang kepada mereka untuk memiliki hartanah di kota pentadbiran itu.

Orang ramai yang hadir pada ceramah terbesar pertama oleh calon PAS itu di Desa Penggiran Putra dimana harga hartanah melebihi RM100,000 walaupun terletak di luar sempadan Putrajaya.
“Kita berikan pengisian baru … Sinar ketakwaan kepada Putrajaya” kata Husam kepada hadirin yang memenuhi padang bolasepak itu.

Naib presiden PAS itu sebelum ini menawarkan untuk memudahkan pemilikkan rumah bagi penjawat awam di pusat pentadbiran kerajaan yang mahal itu dengan menulis surat kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Mohd Ali Hamsa, untuk membincangkan cadangan untuk menyelesaikan masalah perumahan dikalangan penjawat awam.

“Kalau kita menang Putrajaya ... saya boleh katakan kepada anda, saya turunkan kepada RM200 dan RM350,” katanya merujuk kepada kadar sewa pangsapuri di Putra Damai, Presint 11, Putrajaya.
Kompleks yang sebahagian besarnya merupakan penempatan penjawat awam, sekarang ini berharga RM350 untuk pekerja Perbadanan Putrajaya dan RM500 kepada orang awam.

Secara kebetulan, Perdana Menteri kerajaan sementara Datuk Seri Najib Razak dijadualkan untuk merasmikan perumahan 1Malaysia untuk penjawat awam (PPA1M) di Putrajaya pagi ini, yang dikritik oleh Husam kerana hanya menyediakan 10,000 rumah.
Presiden PAS Datuk Seri Haji Abdul Hadi bin Awang pada ceramah di Desa Penggiran Putra.Husam mencadangkan, daripada membina 10,000 perumahan PPA1M di tanah mahal di Putrajaya, 25,000 rumah boleh dibina di Bukit Damar, Dengkil yang terletak di sebelah barat Putrajaya.

Idea tersebut masuk ke pemikiran hadirin kebanyakkannya penjawat awam yang tinggal di kuarters atau menyewa di luar pusat pentadbiran kerajaan itu.
“Saya beruntung isteri saya pekerja kerajaan, jadi kami boleh tinggal di kuarters. Tidak mungkin kami mampu beli rumah di Putrajaya,” kata katerer makanan Zamri Rosli, 31 yang mendakwa tiada harga hartanah di bawah RM300,000 di bandar itu.

“Sesetengah daripada kami terpaksa menipu dengan mengatakan kami bekerja di Putrajaya,” kata seorang pekerja Tenaga Nasional Berhad yang bekerja di Dengkil, menggelarkan dirinya sebagai Che Wi, merujuk kepada permohonan PPA1M — memberi keutamaan kepada pekerja Putrajaya.

No comments:

Post a Comment