5 April 2013
PETALING JAYA - Selepas dua minggu dikatakan merajuk, hari ini
Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng menyatakan komitmennya untuk
membantu Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang akan bertanding di kerusi
Parlimen Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Biarpun beliau tidak akan turun di Gelang Patah, namun akan memberi sokongan penuh dan membantu Kit Siang.

"Sudah tentu saya akan bantu beliau (Lim Kit Siang) dan DAP semasa berkempen di Johor nanti.
"... sebagai adik-beradik dalam politik, kita mesti bantu mereka untuk capai kemenangan besar.
"... bukan DAP saja, malah Pas Johor pun kita akan bekerjasama," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini hari ini.
Jui Meng berkata, beliau menunggu parti berhubung kerusi yang perlu ditanding, yang akan diputuskan dalam masa terdekat.
Kelmarin, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, isu pencalonan Jui Meng sudah selesai dengan pertemuan antara bekas
Menteri Kesihatan itu dan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam pada itu, pada sidang media berasingan, Azmin yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR berkata, partinya memberi jaminan akan meletakkan calon berwibawa dan mampu berkhidmat kepada rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi mengelakkan fenomena lompat parti yang berlaku pada 2008 lalu.
Azmin berkata, calon yang dipilih terlebih dahulu akan melalui proses saringan yang ketat dan memerlukan masa yang lama untuk diputuskan.

"PKR beri jaminan kesilapan yang berlaku pada 2008 tidak akan berulang lagi kerana pemilihan calon tidak dibuat dengan teliti.
".. .sebab itu senarai calon masih belum dimuktamadkan sehingga ke hari ini," katanya.
Ditanya sama ada senarai calon PKR boleh dimuktamdkan dalam masa terdekat, katanya, selewat-lewat hujung minggu ini perkara itu akan diputuskan.
"Senarai calon PKR akan dimuktamadkan pada hujung minggu ini manakala pembahagian kerusi Pakatan Rakyat akan selesai petang ini selepas mesyuarat dengan Pas," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim katanya akan mengumumkan senarai penuh calon PKR yang akan bertanding di Pulau Pinang pada petang ini.
Katanya, perbincangan tentang tawaran kerusi kepada Jui Meng juga akan diketahui hujung minggu ini.

No comments:
Post a Comment