Saturday, April 20, 2013

‘Keadaan Azean semakin lemah’

pix_topright
Kuala Lumpur: “Keadaan kesihatannya bertambah serius. Sejak dua bulan lalu, ubatnya sudah habis dan kini badan menjadi semakin lemah untuk bergerak dan bercakap,” kata pelakon Khairil Benjamin Ibrahim, 35, atau Benjy mengenai perkembangan kesihatan ibunya, seniwati Azean Irdawaty Yusoef.
Menurutnya, pergerakan ibunya semakin terbatas dan hanya berehat di rumah sebelum menunggu pembedahan membuang tumor dalam kepala di Hospital Sungai Buloh pada 22 April ini.

“Kesan tumor memberi tekanan pada otaknya sehingga dia banyak berdiam diri. Mungkin otak dia tidak dapat menerima maklumat apabila orang bercakap dengannya dan sukar untuk bercakap semula,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, wang untuk menampung kos pembedahan itu masih belum cukup walaupun hanya menunggu masa. “Saya sendiri tidak tahu bagaimana cara untuk membayar kos pembedahan ini. Saya faham persatuan artis turut mempunyai ramai artis lain yang ingin dibantu, tetapi jika ada yang mahu menghulurkan bantuan, saya bersyukur,” katanya. hMetro

No comments:

Post a Comment