Oleh Suraya Roslan
Seremban: "Tak nak jumpa korang (kamu) lagi dah," itu gurauan
terakhir seorang lelaki yang maut bersama rakannya dalam kemalangan
menyayat hati apabila digilis beberapa kenderaan di Kilometer 245.3
Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.50 pagi itu, mangsa, Leftenan
Kolonel (B) Datuk Che Yang Samsudin, 54, dan rakannya, Ahmad Zamakhsyari
Sapawi, 39, meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian akibat
tercampak keluar dari kereta dinaiki selepas dirempuh sebuah kenderaan
yang masih dikesan sehingga kini.
Rakan mangsa, Rohaya Mohd
Aziz, 36, tidak menyangka gurauan bosnya yang memiliki syarikat
perniagaan dalam talian dikenali sebagai Double Maths, menjadi petanda
akan meninggalkan mereka selamanya.
"Sebelum kejadian saya bersama kedua-dua mangsa dan beberapa
rakan lagi berada di Parit Jawa, Muar untuk bertemu pelanggan bagi
memperkenalkan perniagaan ini kepada orang ramai dan merekrut
perwakilan.
"Kemudian, kami ke sebuah restoran untuk makan sebelum beberapa perwakilan bergurau dengan arwah Che Yang.
"Tiba-tiba arwah mengeluarkan kenyataan tidak mahu jumpa kami lagi, bagaimanapun kami tidak perasan sehinggalah kejadian ini berlaku," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), di sini, semalam.
"Tiba-tiba arwah mengeluarkan kenyataan tidak mahu jumpa kami lagi, bagaimanapun kami tidak perasan sehinggalah kejadian ini berlaku," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), di sini, semalam.
No comments:
Post a Comment