muMetro 09 April 2013
Oleh Ardyhansyah Amad dan Norasikin Daineh
Lahad Datu: Bau busuk dan keadaan mayat yang berulat dengan isi
daging yang sudah terlerai menjadi cabaran utama sepasukan unit forensik
ketika menggali tiga kubur mengandungi mayat pengganas dipercayai
ditanam rakan mereka selepas bertempur dengan pasukan keselamatan ketika
Op Daulat di Kampung Tanduo, awal bulan lalu.
Sumber berkata, selepas hampir lima jam menggali, pasukan dari Ibu
Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah itu akhirnya berjaya mengeluarkan
semua 15 mayat berulat termasuk satu mayat dipercayai pengganas wanita
sebelum dihantar ke Hospital Besar Lahad Datu untuk proses bedah siasat.
Menurutnya, difahamkan, kerja menggali ‘pusara’ pengganas itu
bermula seawal jam 1 tengah hari semalam diketuai Ketua Jabatan Siasatan
Jenayah Sabah Senior Asisten Komisioner Omar Mammah dan dibantu
penduduk tempatan.
Bagaimanapun, katanya, kerja menggali semua kubur itu terhenti hampir satu jam akibat hujan lebat.
Bagaimanapun, katanya, kerja menggali semua kubur itu terhenti hampir satu jam akibat hujan lebat.
SEBAHAGIAN daripada mayat yang dikeluarkan semula.
“Kerja mengeluarkan mayat kemudian disambung semula kira-kira jam 3.30 petang sebaik hujan mulai renyai dan semua mayat berjaya dikeluarkan sekitar jam 7 malam,” katanya.
No comments:
Post a Comment