Sunday, April 21, 2013

Muslimat PAS ajak Kamilia bersama perkasa wanita

Harakahdaily 

Salmah Mat Husein, 21 Apr 2013
KOTA BHARU: Muslimat PAS Malaysia menjemput bekas Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim bersama wanita Pakatan Rakyat untuk merubah nasib rakyat khasnya kaum wanita.

(Kamilia [kiri] dan Zailah...dua tokoh wanita)

Ketua Muslimat PAS, Siti Zailah Yusof berkata tindakan pimpinan BN jelas tidak menghargai wanita apatah lagi jawatan menteri wanita juga dirampas Perdana Menteri.

"Untuk itu beliau wajar bersama Wanita Pakatan dalam membentuk agenda wanita untuk ubah nasib dan masa depan wanita," kata Zailah kepada Harakahdaily.

Zailah juga alu-alukan Kamilia bertanding bebas bukan hanya sebagai protes, tetapi sebagai hadiah khas untuk pemimpin BN yang tidak menghargai kaum wanita.

"Kamiliah seorang peguam, cerdik, mampu berhujah dan rugi jika tidak dipandang

"Marilah bersama untuk kita menggerakkan martabat wanita di negara ini yang setakat ini hanya dipedulikan oleh pimpinan Pakatan Rakyat," katanya.

Calon wanita di seluruh negara bukan sahaja kekal tetapi semakin bertambah di setiap negeri.

Tambahnya, tindakan Kamilia bertanding bebas juga wajar sebagai menebus maruah pimpinan yang tidak mengenang jasa perjuangan wanita sebelum ini.

No comments:

Post a Comment