Najib
mengatakan pemberian tunai itu adalah tanda penghargaan Putrajaya
diatas sumbangan syarikat tersebut kepada ekonomi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR, 2 April – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
mengumumkan hari ini “tanda penghargaan” RM1,000 kepada semua pekerja
syarikat minyak negara Petronas, menjelang pilihan raya yang dijangka
tidak lama lagi.
Najib, yang juga Menteri Kewangan bertanggungjawab untuk menjaga
Petronas, mengatakan pemberian tunai itu adalah tanda penghargaan
Putrajaya diatas sumbangan syarikat tersebut kepada ekonomi.
“Ahli lembaga pengarah dan pihak pengurusan telah mencadangkan pemberian kecil untuk menggembirakan pekerja.
“Akhirnya, saya bercadang untuk menerima cadangan tersebut. Sebanyak
RM1,000 akan diberikan kepada semua pekerja sebagai tanda penghargaan
jadi belanjakannya dengan bijak,” katanya dihadapan 4,000 pekerja
Petronas di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.
Terlebih dahulu dalam ucapannya, Najib menggesa pekerja Petronas
untuk terus menyokong gabungan pemerintah, pengasas syarikat minyak
negara yang sumbangannya kepada kejayaan adalah penting.
Beliau memberi amaran terhadap mengundi pembangkang sehingga
berkuasa, menuduh Pakatan Rakyat (PR) sebagai musuh Petronas kerana
kebanyakkan cadangan mereka, termasuk meningkatkan royalti minyak negeri
dan harga bahan api yang menjaga rendah, bertentangan dengan
kepentingan syarikat.
Najib menambah Petronas dan BN telah berkongsi hubungan panjang dan
berfaedah sejak penubuhannya pada awal 70an dan memberikan kuasa kepada
kerajaan yang belum diuji boleh memudaratkan syarikat.
“Oleh itu, apabila tiba masanya, saya berharap anda membuat keputusan bijak,” katanya.
Pemberian tunai hari ini dan beberapa lagi kepada sektor tertentu di
bawah program kerajaan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan
peningkatan peruntukkan kepada pinjaman untuk membantu perniagaan
Bumiputera.
Najib mencari mandatnya sendiri dalam Pilihan Raya 2013 dimana beliau
berhadapan dengan cabaran besar untuk memastikan Barisan Nasional (BN)
mendapatkan semula majoriti tradisi dua pertiga yang hilang buat pertama
kalinya pada 2008.
BN turut kehilangan empat negeri lagi dalam pilihan raya lepas.
Pencapaian buruk tersebut menyebabkan Tun Abdullah Ahmad Badawi
terpaksa memberikan laluan kepada Najib yang mengangkat sumpah sebagai
perdana menteri pada 3 April, 2009.
Esok genap empat tahun Najib menjadi perdana menteri keenam negara.
No comments:
Post a Comment